Saturday, April 30, 2011

PERKONGSIAN: Silauan Sinar Keikhlasan

“ Akh, macam mana nak menilai keikhlasan seseorang dalam berbuat sesuatu amal kebajikan?”

“ SubhanAllah, tiada satu pun makhluk Allah sekalipun malaikat dapat menilai keikhlasan manusia akh,
Islam tidak menggalakkan umatnya mengatakan, “ saya ikhlas ni”, dalam erti kata lain tidak boleh sesuka hati kita mengatakan kita ikhlas dalam berbuat kebaikan sesama insan.

Yang pasti, ikhlas itu menjadi titik tolak penerimaan sesuatu amal itu sama ada ibadah atau sebaliknya dan hanya Allah s.w.t jualah yang Maha Mengetahui.






“ Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
[QS; Qaf(50): 16]
 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;
 
Memetik kata-kata pengasas gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin, As Syahid Imam Hassan Al Banna mengenai ikhlas;

keikhlasan ialah mensengajakan segala perbuatan hanya demi Allah dan memurnikan setiap perbuatan daripada setiap hal yang berkaitan dengan kepentingan dunia.




Ikhlas hanya kerana Allah itu adalah sebenar-benar keikhlasan, hati insani yang ikhlas dalam berbuat amal kebajikan tidak termakan dengan bodekan dan pujian sanjung dari pandangan manusia, hati insani yang ikhlas jua tidak akan terkesan dengan cercaan mahupun herdikan.

Kerana hati yang ikhlas demi mengharap redha Allah akan menjadi kalis terhadap segala unsur duniawi yang menjerat hati.

Dalam konteks kehidupan saban hari, kerosakan umat yang amat teruk dapat dikenal pasti kerna ketidak ikhlasan umat Islam itu sendiri dalam menyemai nilai agama dalam meniti arus kehidupan yang sementara ini…

Lihatlah hari ini, dengan zinanya,rasuah,konspirasi alam politik dan ekonomi, keruntuhan akhlak remaja yang teruk,hedonisme dan bermacam aneka lagi.
Sedangkan fitrah insani itu cintakan kebaikan dan ketulusan, fitrah ini hanya mampu mewarnai kehidupan sekiranya umat Islam itu sendiri ikhlas kepada penciptanya yang Maha Agung seolah-olah merasakan diri sedang diperhatikan daripada segala perbuatan yang menyalahi aturanNya.

“Dan siapakah lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya”
[QS; An Nisa’(4): 125]

Ingin saya kongsikan sebuah kisah tentang seorang guru yang mengajarkan muridnya tentang erti keikhlasan dengan caranya sendiri;

***
Suatu hari seorang guru tua menghimpunkan semua anak muridnya di dalam satu separa bulatan, seraya berkata,” Hari ini aku akan ajarkan kamu semua erti ikhlas, jadi pastikan setiap di antara kamu mendapatkan sebuah karung guni yang penuh diisi dengan batu.”

…..
“Baik guru, sami’na wa atha’na.”jawab anak murid hampir serentak memecahkan kesunyian pagi itu.
….
“ Baiklah, semua sudah sedia nampaknya..kita akan berhenti di hujung pekan, tapi sebelum itu kita akan melalui sebuah bazar yang ramai dengan pengunjung.”

setiba sahaja mereka di bazar yang dimaksudkan, banyak mata yang tertumpu kepada kumpulan murid dan guru tadi.Mereka berasan kagum dan terkesima kerana menyangka bahawa murid-murid  itu adalah dari golongan saudagar yang kaya kerana menggalas guni yang sarat dengan barangan kelihatannya.
Terdengar suara-suara, “wahh, kaya betul lah budak-budak tu,tentu saudagar muda datang berdagang ni.”…

Semua murid ketika itu berasa bangga dan selesa dengan pujian begitu, walhal yang digalas mereka cuma batu-batu yang tidak berharga sesen pun.

Akhirnya guru dan semua muridnya pun tiba di penghujung pekan lalu berehat sebentar di bawah pohon untuk berteduh.
“Tahukah kalian, dengan perbuatan yang kalian lakukan tadi itu adalah gambaran ikhlas.”

(salah seorang murid bertanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal),” Saya dan kawan yang lain tak faham apa yang dimaksudkan guru dengan gambaran ikhlas tu.”

“Begini, tiada siapa tahu akan keikhlasan yang terbit dari hati ketika kita beramal, segalanya bergantung kepada niat yang didahulukan. Adakah berbuat kerna mencari pandangan Allah atau hanya mengharap sanjungan dari manusia?

ramai manusia yang banyak amalnya ketika di dunia sehingga orang yang melihat pasti akan mengangumi dirinya. Namun, sekiranya manusia itu hanya beramal demi mencari kemuliaan pada pandangan manusia nescaya amal kebajikan atau ibadahnya yang banyak itu sama seperti batu yang tiada nilainya,nyata mereka tertipu dengan amalannya yang banyak hanya kerna niat tidak ikhlas kerana mencari redha Allah, segalanya pasti jadi sia-sia.”

suasana menjadi sepi dan tenang, hanya desiran angin petang yang berbisik ngilu.




 Melalui kisah di atas, niat yang ikhlas kerana Allah dalam seseorang itu beramal tidak dapat dipisahkan, kerana manusia hanya akan dapat apa yang diniatkan..jika berkehendak hanya kepentingan dunia, Allah pasti akan memberi,namun tiada pula bahagian untuk di akhirat kelak.


Maka di antara manusia ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia,” dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apapun.
[QS; Al Baqarah(2): 200]


Ingatlah bersama setiap amalan itu dimulai dengan niat!




“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.









Jadi, ikhlaskan niat kita berbuat,beramal kebajikan serta beribadah
demi mardhatillah!

Friday, April 29, 2011

Luahan: Cerminan Masa Depan Panji Ansarullah

wahai pemuda..

Ketika kau sibuk menyambut Justin Bibier, pelakon-pelakon dan penyanyi-penyanyi kegilaanmu..

tidakkah kau tahu.
pemuda di Palestin jua sibuk 'menyambut'..
mereka sibuk 'menyambut' tentera-tentera laknatullahi alaih!

ada kita kisah hal Palestin?

pemuda Palestin mandi bersimbah darah..

sedangkan..pemuda kita mandi peluh terloncat-loncat macam kena sampuk berhibur sakan!

saat kita berbual hal-hal remeh..
pemuda Palestin berhimpun bagaimana ingin memperjuangkan nasib agama Islam di sana!

ada kita kisah?

berapa billion umat Islam hari ini?
ke mana mereka pergi?!

jika untuk berkumpul seramai 17000 semata-mata untuk menjahanamkan diri dengan kelalaian..

mengapa tidak mampu berkumpul seramai itu mengimarahkan rumah-rumah Allah?!

perhatikan..
jenis pemuda-pemudi yang bagaimanakah kita hari ini?


Ada pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yang mantap dan kemajuan yang melimpah ruah. Pemuda yang lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yang tenang dan selesa.



"Ada pula pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang sedang berjuang kerana bangsanya sedang dijajah. 
Musuh menentukan segala nasib bangsanya. Bangsanya sedang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak mereka yang telah dinafikan, khazanah mereka yang telah dirampas, kebebasan mereka yang telah lenyap termasuklah kegemilangan dan kedudukan mereka. 
Ketika itu, keutamaan pemuda ialah mementingkan nasib bangsanya lebih daripada mementingkan nasib dirinya sendiri. Jika kewajipan ini berjaya dilaksanakan, dia bakal beroleh kejayaan dunia dengan menerima kemenangan di medan perjuangan dan dia akan beroleh kejayaan akhirat dengan menerima ganjaran dari Allah. 


Mungkin kita bernasib baik kerana kita bersama berada dalam golongan yang kedua. 
Kita berpeluang melihat sebuah bangsa yang sedang berjuang dan berkorban untuk memperolehi hak dan kebebasan. Bersedialah wahai para pejuang kerana kemenangan sangat hampir dengan orang-orang yang beriman dan kemenangan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan kejayaan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang berusaha tanpa henti."


-As Syahid Imam Hassan Al Banna-








Di mana para pemuda seperti Mus'ab ibnu Umair r.a, Saad ibnu Waqqash r.a, yang berjuang di medan jihad demi agama Allah?

Di mana para pemuda yang hafiz Al Quran semantap Imam Syafie ketika belasan tahun?


Di mana para pemuda persis Muhammad Al Fateh yang menggegarkan bumi Rome ketika berusia 23 tahun?!


Di mana pemuda segagah Salahuddin menjatuhkan tentera salib di Al Quds suatu tika dulu?!


Di mana pemuda seperti As Syahid Imam Hassanul Banna yang menggencarkan dakwah di bumi Mesir sehingga tertubuh gerakan Ikhwanul Muslimin!?


di manakah para pemuda Islam yang bakal menggegar dunia kejahiliyahan dini hari!?

bangkitlah, berjuanglah, demi keredhaan Tuhanmu!


"Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah PEMUDA-PEMUDA YANG BERIMAN kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."
[QS; Al Kahfi (18): 13]



di sini pemuda sengsara dalam suka!
di luar sana pemuda Islam bersimbah darah dalam duka!

PERKONGSIAN: Titian Kesabaran

“ Afiq,betul ke sabar tu ade batasnya?”
….
“ sabar itu adalah sepanjang masa dan abstrak, tiada siapa dapat ukur di mana takat kesabaran itu berakhir.”
….
“owh..maknanya lain orang lain maksud sabarnya ye?”
…..
“ terpulang. bergantung sejauh mana diorang memahami erti sabar itu yang sebenarnya.”




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


setiap insan yang dilahirkan di atas muka bumi Allah ini,bermula dengan insan yang pertama yang diciptakan sehinggalah insan yang terakhir yang diciptakan pasti tidak akan terlepas daripada ujian.
Ia bukan sahaja datang dalam rupa musibah, malah kesenangan itu jua sebuah ujian dari Tuhan istimewa buat hamba-hambaNya.

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.”

[QS; Al Anbiya’(21): 35]

Janganlah kita menyangka bahawa ujian hanyalah dalam bentuk musibah yang memudharatkan manakala kenikmatan yang dikecapi adalah kemuliaan dari Allah s.w.t, sedangkan segala yang dianugerahkan kepada kita di atas bumi ini tidak lain sekadar ujian dari Dia..

Bila mana seseorang Islam itu mengaku dia beriman kepada Allah, jangan sedetik pun merasakan syurga sudah berhak dan layak bagi dirinya.
Allah Maha Tahu setiap lintasan hati kita,

Apakah manusia mengira bahawa mereka hanya akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka  Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

[QS; Al Ankabut(29): 2-3]

Dan pasti, ujian atas dasar keimanan itu akan berterusan sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.




Kita cumalah hamba Ilahi yang tidak punyai apapun, kerna kita sendiri muslim (orang yang menyerahkan diri). Menyerahkan diri kepada siapa?
Tanyalah diri sendiri, kepada siapa dirimu diserahkan selama ini?
adakah kepada kecintaan terhadap duniawi?
fikirkan baik-baik, jika kita hanya berimpikan keduniaan pasti kita akan dapat dan tidak perlu risau.
Namun, khuatirilah bahawa tiada bahagiamu untuk di akhirat kelak!

“ Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami akan segerakan baginya di (dunia) ini apa yang Kami kehendaki. Kemudian kami sediakan baginya (di akhirat) neraka Jahannam;
dia akan memasukinya dalam keadaan yang tercela dan terusir.


Tak perlu susah-susah jika hanya menginginkan dunia, Allah s.w.t akan bagi dengan mudahnya.
Bagaimana pula jika kita mahukan kehidupan yang abadi di akhirat?

“Dan barang siapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu bersungguh-sungguh,
sedang dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik.”


[QS; Al Isra’(17): 18-19]

Maha Suci Allah, jika kita mendambakan kehidupan yang abadi di akhirat sedang kita yakin akan janji Allah, bersungguh-sungguh ke arahnya setiap masa itu suatu kepastian yang tidak akan mampu disangkal.

Sekali lagi diingatkan, dunia ini tidak lain hanya medan tarbiyah dengan pelbagai rupa cabaran dan rintangan, setapak demi setapak kita sebenarnya sedang membina kemampuan diri kita terhadap penerimaan sesuatu ujian dari Tuhan, tidak kira nikmat atau musibah.






Persoalannya, bagaimana respon kita sebaik sahaja ditimpakan dengan sesuatu ujian?
adakah cukup dengan berkata,” bersabarlah kawan…”

Ya. Bibir mudah mengungkap sabar, namun hati yang remuk redam siapa yang tahu.
Jika tidak disuruh bersabar sekalipun kita tetap harus bersabar kerna ketentuan Ilahi itu adalah muktamad dan tiada kuasa yang mampu mengubahnya tanpa keizinan dari Dia.

Maha Suci Allah,kesabaran yang sebenar adalah ketika kali pertama ia ditimpakan ujian.
Sikap tidak mudah melenting dan bertindak negatif membuktikan kesabaran sedang memayungi diri yang ditimpa musibah. Teladanilah kesabaran dari Rasulullah s.a.w;

Suatu hari, Rasulullah berjalan melalui satu tanah perkuburan. Di satu sudut, didapati ada seorang wanita duduk di sisi pusara anaknya sambil menangis.

Rasa simpati terbit dalam hati Rasulullah, lantas Baginda bersabda yg bermaksud:
"bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah."

sebaik sahaja mendengar lafaz sabar, wanita itu naik angin.
Dihalaunya Rasulullah, "Jauhkan dirimu daripadaku! Engkau tidak menderita ditimpa musibah sepertiku."

Jelaslah, wanita itu tidak tahu bahawa pesan sabar itu lahir dari hati seorang Rasul. Sebab itu agak kasar bicaranya.

Namun Rasulullah s.a.w sedikitpun tidak tersinggung. Baginda meneruskan perjalanan Baginda.

Setelah diberitahu oleh orang berdekatan bahawa yg menasihatinya itu adalah Rasulullah, rasa bersalah terbit dalam hatinya.Wanita itu segera bergegas pergi menemui Rasulullah s.a.w.
Itulah akibat cepat melenting dan tidak bersabar.

Lafaz pertama yg terbit saat dia menemui Rasulullah ialah ucapan maaf.
"Maaf, aku tidak mengenalimu ya Rasulullah." Rasulullah tetap tenang,
malah ucapan Baginda berupa wahyu itu memandu kita tentang sabar hingga hari ini.

sabda Baginda yg bermaksud:
"Sesungguhnya KESABARAN ITU ialah PADA HENTAMAN(PUKULAN) YANG PERTAMA." 


hadis-muttafaqun 'alaih-

Begitu indah erti kesabaran yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya.
Seterusnya, kesabaran yang  dipamerkan itu adalah biasa,tetapi kesabaran yang diiringi dengan kesyukuran itu adalah luar biasa.

Berapa ramai umat manusia yang bila mana ditimpa musibah lantas dia bersyukur kepada Ilahi dengan memperhebat amal kebajikan dan ibadahnya ?
Yang kebanyakan dilihat hari ini adalah manusia yang  acapkali menjadikan musibah sebagai alasan untuk mereka tidak berbuat lebih dalam kebajikan dan ibadah.





Sesungguhnya ujian itu adalah tanda diri kita diperingatkan Ilahi agar merayulah kepadanya dengan rendah diri dan keikhlasan yang murni.Tapi mengapa?
……….
Agar kita tidak meninggalkan Dia, kerna Dia tidak pernah akan meninggalkan kita;

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintahKu) dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”

[QS; Al Baqarah(2): 186]

Allah mahu kita semua beriman kepadaNya agar kita peroleh kebenaran dan tidak leka dibuai tipu daya duniawi.

Adakala kita berasa berat dan kecewa tahap karma, ketahuilah bahawa Allah tidak akan membebani kita dengan ujian yang tidak mampu kita atasi,Dia Maha Tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Janganlah bersedih teruskan bersabar serta syukur,sungguh pertolongan Allah amat dekat dengan orang-orang beriman;

Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai ujian), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata,
” Bilakah datang pertolongan Allah?”
Ingatlah pertolongan Allah itu dekat.


[QS: Al Baqarah(2): 214]

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
pastikan kesudahan kesabaran kita dalam mengharungi liku-liku arus duniawi ini disudahi dengan keindahan nan abadi di syurgawi.

Akhir kalam,
BERSABAR dan BERSYUKURLAH kepada Ilahi.
=)

wallahu’alam…





Sabar ketika menghadapi musibah adalah sebenar-benar erti sabar,


di mana sabar itu memerlukan kesabaran pula,


adapun bala dan musibah itu,


menunjukkan bahawa adanya perhatian dan kasih sayang Allah,


Demikian itu,syukurilah ia kerna syukur yang demikian,


adalah setinggih-tinggih erti syukur.

-Imam As Syafi’e-

Friday, April 15, 2011

PERKONGSIAN: Sekelumit Rasa Terkilan

situasi:
Dalam bilik sebuah kolej kediaman; lagu-lagu barat berkumandang menandakan tuan punya bilik sedang  keseorangan.



tittt..tittt..(mesej dari murabbi masuk)

Assalamualaikum.
insyaAllah pada hujung minggu nie akn ade program motivasi ruhiyah di……”



Alamak..dia dah datang dah.
Nak bagi alasan ape pulak ye kali ni..emmm,,

(tiba-tiba seorang rakan masuk)
Hey Mat, hujung minggu ni kita buat barbeku kat tempat biasa dengan budak2 batch sekolah kita dulu..
kau pastikan hujung minggu kau “clear” ye Mat!..hehe (tersenyum sinis sambil merenung ke arah Mat).

(sebaik sahaja rakannya keluar)
yeah!..haha, nampaknya aku ade alasan baik punya~

Alangkah ruginya diri sendiri tatkala meringankan beban dakwah yang sepatutnya menuntut seribu pengorbanan yang ikhlas terhadap Dia..
Di manakah kita apabila di ajak untuk menabur bakti demi agama suci Ilahi?

jangan sampai Tuhan cemburu dengan kita..

Katakanlah, “ Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih dari kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya.”
Dan Allah ridak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
[QS. At Taubah(9):24]


Dia kita dahulukan, jihad di jalanNya harus kita utamakan sepatutnya..



Andai kata kita seorang raja;
kita mahukan santapan yang terbaik, tempat bersiram dan tempat beradu yang terbaik..
segalanya kita mahukan yang terbaik..

tetapi dengan Allah SWT, adakah kita telah berikan yang terbaik untuk mendamba keredhaaNya untuk menduduki syurgaNya?

“ Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui.”
[QS. Ali ‘Imran(3):92]

Sungguh masyarakat hari ini perlu didekatkan kembali dengan Al Quran dan sunnah, itulah pedoman agung khusus dari Allah SWT buat manusia agar mereka memperoleh kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak..

Dia tidak meminta rezeki daripada manusia, sebaliknya manusia yang memerlukan Dia.
Seharusnya rasa kesal itu hadir jika kita tidak ditakdirkan untuk berinfak di jalanNya atas pelbagai aral melintang yang mendatang, bukan bersorak girang dalam hati kerna terlepas daripada tanggungjawab..

“ ….lalu engkau(Muhammad) berkata, “ Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”.
 Kemudian mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata kerna sedih, disebabkan mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka infakkan( untuk turut serta berjihad).”

[QS.At Taubah(9): 92]



Lihatlah para sahabat, begitu mereka mencintai Allah SWT, Rasul dan jihad di jalanNya sehingga menangis kesedihan sayu atas sebab mereka tidak dapat turut serta berjuang untuk keredhaanNya.








bagaimana pula kita hari ini?
tepuk dada tanyalah iman didadamu~









wallahu'alam.