Sunday, March 20, 2011

PERKONGSIAN: Dalami Al Quran itu

Firman Allah Azza wa Jalla

“ Maka tidakkah mereka menghayati(mendalami) Al Quran? sekiranya (Al Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.” [4: 82]



lidah dibasahkan dengan alunan bahasa syurga ketika membaca ayat-ayat suci dari Al Quranul Karim, sebuah mukjizat agung Allah Azza wa Jalla kepada Rasulullah s.a.w. 

Golongan-golongan professional yang bukan beragama islam ada juga berminat untuk mengkaji Al Quran setelah pelbagai hasil kajian saintifik mereka era ini terbukti benar  dengan ayat-ayat Allah yang telah diturunkan kepada baginda nabi sejak 1400 tahun lampau, sehingga ada yang kini bergelar saudara baru umat Islam, Alhamdulillah.

ingin saya berkongsi sebuah kisah benar seorang mengenai seorang pakar perubatan dari Thailand telah memeluk Islam setelah menemui hidayah Allah dalam kajian yang dilakukan beliau, mungkin tidak asing bagi yang pernah membaca atau dengar iaitu Professor Tagata Tagasone.

Beliau merupakan ketua jabatan anatomi dan embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand, beliau disuluh hidayah Allah apabila mengetahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam perubatan kulit (dermatologi) bukanlah sesuatu hasil kajian yang baru kerna telah termaktub dalam Al Quran sejak sekian lama.
Sungguh beruntung, beliau bukan sahaja mengetahui akan hakikat itu bahkan cuba untuk mendalami dan memahami Al Quran itu sendiri. 
Beliau difahamkan bahawa ayat-ayat Al Quran itu bukan datang dari insan bernama Muhammad bin Abdullah s.a.w, tetapi merupakan ayat-ayat daripada Allah Tuhan sekalian alam.
Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan saintis dermatologi yang begitu hebat terasa begitu bodoh kerna kajiannya yang dianggap cemerlang lagi terbilang rupa-rupanya  telah berzaman termaktub dalam Al Quran?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan mati dan musnah.
Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar ,tetapi manusia akan menemui ajal sejurus selepas terbakarnya seluruh sel-sel kulit itu tadi.

Jadi, kalau di akhirat nanti apabila manusia yang ingkar dibakar ke dalam api neraka, adakah mereka hanya akan me’nikmati’ hanya sekali saja kesakitan tidak terhingga itu?!

Tidak sama sekali.
jawapannya  terdapat dalam Al Quranul Karim, surah An Nisa’(4) ayat ke- 56;

“ sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat( Al Quran) Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka. SETIAP KALI KULIT MEREKA HANGUS, Kami GANTIKAN dengan KULIT YANG BARU, agar mereka MERASAKAN AZAB. sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

mereka yang kafir akan me’nikmati’ azab neraka berkali-kali dengan izin Allah. Ayat ini adalah bukti bagi kajian yang dilakukan para saintis berkenaan.

Sungguh beruntung dan bertuah kepada Prof. Tagata Tagasone. Beliau bukanlah dilahirkan dalam nikmat Islam seperti kebanyakan kita hari ini. 
Namun tidak ramai manusia seperti beliau hatta masyarakat Islam sendiri ingin mendalami Al Quran dan mengambil pengajaran di dalamnya. Allah akan memilih manusia yang ingin membuka jendela hatinya dan membiarkan sinar hidayah menerangi segenap relung sanubari, serta Allah akan menyempitkan dada bagi manusia yang enggan lagi ingkar untuk membuka pintu hati setelah diberi ingatan dan peringatan, firman Allah Azza wa Jalla dalam surah Al An’am(6) ayat ke-125;

“ Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seolah-olah sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”





Berbalik pula kepada diri sendiri setelah kita melihat ‘gambar yang besar’, kemudian kita “zoom in” ke dalam diri kita sendiri pula, adakah kita miliki Al Quran?

saya yakin para pembaca pasti mengangguk mengiyakan. Namun lebih penting adalah kecaknaan kita terhadap Al Quran,  malang jika kebanyakan daripada kita hanya memiliki Al Quran tapi tidak pernah bercita-cita untuk menghayati dan mendalami ia, malang juga kepada manusia yang hanya pandai dan lancar membaca tapi tidak berusaha untuk memahami bacaanya, 
maaf saya katakan tidak ubah seperti burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kat tetapi tidak memahami sebutir apapun yang disebutkan.
Kebanyakan daripada kita hari ini sanggup bersengkang mata kerna menonton perlawanan bola sepak, bermain permainan video, bersembang kosong, menonton televisyen dan sebagainya.




Apakah hasil yang boleh digarap daripada segala macam yang dinyatakan di atas?
Apakah dengan segala keseronokan sementara itu mampu membawa generasi ke arah membina tamadun Islam kembali?
saya biarkan persoalan ini menghantui fikiran agar sama-sama berfikir dalam ketauhidan.Terima kasih kerna sudi berfikir.

sekian,segala kesalahan dan kelemahan yang ada saya mohon ampun kepada Allah dan kalian, wallahua’alam.

“ Sebenarnya Al Quran itu ada lah ayat-ayat jelas di dalam dada orang yang berilmu. Hanya orang-orang yang zalim mengingkari ayat-ayat Kami.”
[surah Al Ankabut(29): 49]





" Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih ( Al Quran), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya." 
[surah Az Zukhruf(43): 36]

Friday, February 25, 2011

MOTIVASI: Hari Ini Hari Saya : Bedah buku

Apabila anda berada pada waktu pagi makan janganlah menanti waktu petang,senja dan malam.
Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari semalam yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.
Tidak mustahil saya katakana, hidup saya dan anda tinggal sehari sahaja lagi -hari ini.
Maka, anggaplah masa untuk hidup hanya hari ini sahaja, atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Jadi, hidup anda pasti tidak akan dicarik-carik dek keresahan, kesedihan, kemurungan, dan suka-duka masa lalu dengan bayangan hantu masa hadapan yang penuh keraguaan dan sering menakutkan.
Justeru, sudah sewajarnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan tekad serta azam yang teguh pada waktu ini dan hari ini.
Oleh itu, sepatutnya jua anda pada hari in lebih genius membahagi-bahagi masa anda dengan tersusun. Jadikanlah tiap-tiap minit bagai ribuan tahun dan tiap-tiap saatnya bagai ratusan bulan, tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkan sesuatu yang paling indah untuk hari ini..

“berpegang teguhlah dengan apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu orang-orang yang bersyukur.”

Surah Al-A’raf(7): 144.

terimalah, sebuah perkongsian motivasi yang indah dari sebuah buku hasil kajian teliti Dr. Aidh Bin Abdullah Al Qarni.... La Tahzan~



PERKONGSIAN: Ketenangan

ketenangan…
mendampingi ia menjelmakan bahagia,
membuat hati duka jadi suka.

ketenangan…
menjadi tembok pemisah bagi kegundahan,
mewujudkan atmosfera yang didambakan.

ketenangan…
tidak perlu tercari-cari akan ia,
ia ada di segenap dimensi kehidupan.

ketenangan…
ia ada di dalam hati nuranimu,
tidak ia menyalahi fitrah insani.

ketenangan…
kenali ia dengan mengenali dirimu,
kenali dirimu dengan mengenali Rabb mu.



Secara khususnya, semua manusia mengimpikan ketenangan hadir tatkala fikiran jadi kacau serta tidak tenteram, dalam bahasa piawainya adalah “jiwa kacau”.
Lazimnya ketidak tenteraman hati akan menyinggah bila mana sesuatu yang dihajati atau sesuatu yang ingin disempurnakan itu menemui kebuntuan yang nyata, apatah lagi jika dari awal menampakkan keberhasilan namun ditengah-tengah proses menongkah arus yang dituju, terdapat penghalang dari matlamat yang telah ditetapkan dalam suatu jangka masa.
Sesuatu yang tidak asing dan norma kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun golongan yang berkerjaya, atau sesiapa sahaja yang telah menetapkan kemanisan di penghujung misi dan visi.
Masing-masing punyai taksiran tersendiri untuk menangani kebilauan yang melanda tasik hati,

tapi di sini lebih menekankan kebiasaan belia hari ini dalam mencari ketenangan, ini antara yang biasa dilihat;



-         


  •       berhibur tanpa batasan (hedonisme)
  •              melepak di tempat-tempat awam
  •              bersembang dengan kenalan tidak kira masa dan ketika
  •              menjalinkan hubungan mesra dengan berlainan jantina
  •              mencuba elemen-elemen baru tanpa ambil kira baik buruknya




Realiti kebanyakan pemuda atau belia dinihari, menjadikan hiburan serta kelalaian dalam pada mengecapi ketenganan, sekalipun ia bertentangan dengan syariat Islami. Bagi golongan sedemikian, ketenangan tidak lain tidak bukan adalah puncak kepuasan seolah-olah segala yang didambakan mereka sebelum ini sudah tercapai.

Ternyata itu merupakan kesilapan yang akbar, ketenangan seperti itu lebih banyak membawa kerugian berbanding keuntungan, biarpun pada zahirnya ia menggirangkan hati. Ketenangan yang dikecapi itu sebentar cuma.
jadi, mahukah kita kepada ketenangan yang hanya seketika itu?
Ingatlah wahai teman wahai rakan, apa yang telah dilalui hari ini sangat jauh tersasar dari landasan Islami yang sebenarnya,

Janganlah kita bercita-cita untuk tergolong dalam golongan yang hanya memerhati tapi bercita-citalah untuk bergerak sebagai golongan yang mendukung tanggungjawab.
Di situ realitinya ketenangan tersembunyi, mengapa saya berkata begitu?
kalian cubalah meletakkan diri kalian dalam permasalahan yang harus diselesaikan kerna ia sudah kritikal.
Jadi, wajarkah kita hanya berpeluk tubuh sahaja?
Bila mana kita ditimpa musibah mahupun dilimpahkan kenikmatan dunia,
tatkala kita dirudum seribu permasalahan, adakalanya jua kita akan "down" dan sebagainya.
Lantas, segera mengingati-Nya, segera merendahkan jiwa di pandangan-Nya.
Ketenangan itu datang dari Ilahi,maka
percayalah, di situ sembunyinya ketenangan yang hakiki abadi.

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Surah Ar Ra'd(13) ayat ke-28.

Jika masih terasa berat atau payah untuk mendamaikan hati dengan mengingati Ilahi, segeralah memohon keampunannya kerna tebalnya maksiat yang telah membaluti hati.

Akhir kalam, menangislah kerna mengenang dosa-dosa yang melakar sejarah silam kehidupan, jika tidak mampu...

maka tangisilah ketidak mampuan itu,sungguh hati yang dekat penciptanya akan tenteram dan tenang~




sekian, wallahua'lam..  :)

Sunday, February 20, 2011

PERKONGSIAN: Wahai Pemuda Islam!

Wahai pemuda!

Setiap fikrah itu akan hanya berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. Sepertinya keempat-empat rukun ini, iaitu iman, ikhlas, semangat, bekalan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.


Oleh kerana itu, sejak dulu hingga sekarang pemuda merupakan pilar kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya.

إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى

Maksud: "Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Al-Kahfi: 13)

Wahai pemuda!

Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawap kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa kamu yang perlu kamu tunaikan. Ini bermakna amanah yang kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berfikir semasak-masaknya, kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak ummah dengan segala keistimewaan yang kamu miliki sebagai pemuda!


Ada pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yang mantap dan kemajuan yang melimpah ruah. Pemuda yang lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yang tenang dan selesa.


Ada pula pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang sedang berjuang kerana bangsanya sedang dijajah. Musuh menentukan segala nasib bangsanya. Bangsanya sedang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak mereka yang telah dinafikan, khazanah mereka yang telah dirampas, kebebasan mereka yang telah lenyap termasuklah kegemilangan dan kedudukan mereka. Ketika itu, keutamaan pemuda ialah mementingkan nasib bangsanya lebih daripada mementingkan nasib dirinya sendiri. Jika kewajipan ini berjaya dilaksanakan, dia bakal beroleh kejayaan dunia dengan menerima kemenangan di medan perjuangan dan dia akan beroleh kejayaan akhirat dengan menerima ganjaran dari Allah. Mungkin kita bernasib baik kerana kita bersama berada dalam golongan yang kedua. Kita berpeluang melihat sebuah bangsa yang sedang berjuang dan berkorban untuk memperolehi hak dan kebebasan. Bersedialah wahai para pejuang kerana kemenangan sangat hampir dengan orang-orang yang beriman dan kemenangan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan kejayaan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang berusaha tanpa henti.


Daripada Imam Hassan Al-Banna buat pemuda Islam.

Saturday, February 19, 2011

MOTIVASI: Gagal yang Positif

Dari kegagalan
Satu percintaan
Ku alami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan..


Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan menemui kegagalan dan kejayaan.
Lazimnya,manusia akan teruja dengan kejayaan atau kelebihan yang dimiliki dan akan berasa amat kecewa seandainya menemui kegagalan dan kekurangan di depan mata.
Ia seolah-olah bermusim mengikut tema yang kita terapkan dalam jiwa kita.
Jadi,jika tema yang diguna pakai adalah perpandukan Al Quran dan sunnah,
istilah “gagal” itu sebenarnya sesuatu yang amat positif.
“gagal” di sini amat selesa digambarkan sebagai gagal yang membangkitkan aura atau ‘nur’ bagi individu muslim itu untuk memperbaiki kelemahan diri.
Disebabkan itu manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla dengan sifat lemah,seperti yang difirmankan Allah dalam surah An Nisa’(4) ayat ke-28:

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerna manusia itu diciptakan (bersifat) lemah.”



Jelas, Allah menjadikan manusia itu lemah kerna Allah jualah Yang Maha Agung dan agar manusia yang lemah serta kerdil ini meneropong ke langit keagunganNya.
Menemplak diri sendiri dengan mempersoal kepada hati,sejauh mana diri kita telah beramal dengan segala perintahNya yang penuh dengan hikmah kebaikan ke atas diri kita.
Adalah silap jika manusia yang mengaku lemah dan sentiasa dibelenggu kegagalan itu mengambil langkah seribu untuk jauh dari peringatan Allah dan RasulNya.

Dengan kegagalan dan kelemahan itulah Allah mendidik jiwa manusia agar sentiasa terdorong untuk membersihkan hati dengan memperdengar bacaan Quran serta beramal dengan segala pengajaran yang terkandung di dalamnya, menambah ilmu bermanfaat,menjaga hubungan persaudaraan,melazimi ibadah-ibadah sunat dan bermacam lagi pendekatan bagi diri kita khusus untuk melakukan perubahan dalam diri.
Saya berani menjamin,mereka yang menjadikan Al Quran sebagai acuan hidup adalah individu muslim yang benar-benar berjaya.Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah Az Zukhruf(43) ayat ke-36:

“Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih(Al Quran), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.”


Segala macam kekecewaan,keresahan,ketakutan,kegelisahan yang melanda jiwa adalah kerna jauhnya seseorang itu dari peringatan,dari situ syaitan sentiasa mencari peluang untuk bertakhta di hati manusia untuk menyesatkan.

Hayatilah bacaan Al Quran dan sebaik-baiknya tadabburlah ia bersama golongan yang berilmu agar sesuatu yang selama ini kita tidak pernah tahu akan menjadi suatu fahaman yang jelas dalam pada mencari redha Allah di muka bumi ini.

“…maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”
surah Al Anbiya’(21): 7.

Akhir kalam,amat berbesar hati saya katakan, berpegang kepada ajaran Al Quran itu adalah kunci untuk kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat,
kegagalan itu indah dengan segala nikmat kurniaNya kepada kehidupan manusia saban hari,kegagalan itu sebagai hadiah untuk manusia kembali taat dan mengaplikasikan suruhanNya.

Maka,berfikirlah dengan rasional dalam keimanan.terima kasih.

wallahua’lam.

Wednesday, February 16, 2011

PERKONGSIAN: Jika Benar Cinta itu Buta, Butakah Mataku?

OPSS!..*BUTAKAH HATIKU~  
:P

andai benar cinta memang buta,
banyak gadis cantik sini sana,
macam mana aku boleh suka,
pada si dia dewi jelita,

dah kalau mata meliar tak dijaga,
macam mana hati tak di panah syaitan,

Pesan Allah Azza wa Jalla kepada Ar Rijal,

" Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah An Nur (24): 30.





(maafla,,tak pandai edit lagu...tak bercita-cita pun nak gubal lagu)
nyanyi lagu ok!.. jom!
:D

-rasa sayang hey!..rasa sayang2 hey!..hey,,lihat nona jauh rasa sayang2 hey!- 
besh tak lagu saya nyanyi!?...tak besh takpe~
nanyila sendiri2... 
:D

JIKA KITA SAYANG SESEORANG,PASTI KITA MAHUKAN DIA BAHAGIA WALAUPUN KITA TIDAK ADA DI SAMPINGNYA.

(tajuk kuliah tak bertauliah tapi ade manfaat buat diri dan para pembaca..insyaAllah)

..biarlah orang yg disayangi itu hidup bahagia dengan cara yang diberkati..
dengan itu hati akan tenang dalam kemanisan iman,

tidak perlu kita sentiasa berada di sisinya untuk membuktikan cinta itu..kerna cinta manusia itu penuh dengan tipu daya dan keinginan syahwat semata-mata.

Penipuan yg amat besar bagi yang mengatakan,
 "cinta dia kerna sayang dia"/"cinta dia kerna dia baik"/"cinta dia kerna dia caring"..bla..bla..bla..sudahlah~
itu semua ilusi cinta dunia nodaan nafsu sahaja yang menjadikan maksiat itu tampak  indah di pandangan mata manusia...

"cinta dia kerna agamanya!"..ya.
Jarang pula kendengaran jawapan seperti itu~
Insan yang bercinta atas dasar agama tidak akan mencemar dan menggadaikan agama dan kehormatan diri..kerna mereka tahu cinta kepada siapa yang harus mereka dahulukan dalam hidup mereka..

Mereka jua tidak akan terjerat dengan perangkap nafsu kendalian iblis laknatullah...
Kerna mereka tahu jua cinta yang tidak diredhai itu akan memudharatkan hubungan mereka dengan Ilahi dan mereka jua tidak mahu keturunan mereka kelak bebas bergaul tanpa batasan,,kerna di situ terletaknya maruah bagi yg betul-betul menghargai dan menilai erti kehormatan sebagai hambaNya~

Akhir kalam...carilah cinta yg mendekatkan kita dan dia kepada Rabbul Izzati,
cukup sekadar diminta agar sama-sama diteguhkan keimanan bagi mendamba cinta yang hakiki. Andainya ada jodoh, tidak ke mana jua~
-Allah knows the best-
J

“ …sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.

Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”

Surah An Nur (24): 26.


CERPEN: Kemarau Hati di Lautan Nafsu

Pencari sinar: 

salam.
akh,macam mana nak pastikan hati kita sentiasa dipersada 
keimanan yang mantap?
ana sangat terduga dengan situasi sekarang ni,yang bukan lagi suasana 
masyarakat yg ditarbiyyah.
Masing-masing menjadikan hawa nafsu sebagai kaca mata melihat dunia.
ana khuatir sekiranya ana turut lemas dengan gelombang yang sedemikian.
maklumlah akh, skarang ni tengah cuti…mana nk cari ‘discussion group’ kita macam di kampus..hehe.

Insan berjiwa murabbi: 

wasalam.

Pada pendapat ana sendiri,cuba dekatkan diri dengan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, jaga mutaba’ah, sentiasa mengimarahkan rumah-rumah Allah atau surau, seperti yg difirmankan Allah dalam surah at Taubah ayat 18:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang2 yg beriman kepada Allah dan hari akhirat…..”


kita dalam situasi masyarakat yang tak seberapa ditarbiyah ni akh, cubalah mewujudkan suasana tarbiyah dgn rakan-rakan hatta ahli keluarga sekalipun.
Jangan biar diri kita dikuasai persekitaran,syaitan dan nafsu sentiasa mengintai peluang untuk meranapkan insan berilmu.
Lagi satu,jauhi perkara-perkara lagha walau sekecil apa pun ia semasa cuti.
jangan tunggu bila mampu tapi kuatkan hati untuk mampu.
Petunjuk Allah takkan datang bergolek pada kita klau kita tak usaha akh,,

Pencari sinar: 

tapi,,

bab nak jaga hati tu yg “hard core” tu..dah la kiri kanan penuh dengan keseronokan,, silap-silap 
ana pula yang terikut-ikut dengan segala keseronokan tu.. susahla akh,
kan bagus kalau ‘discussion group’ kita tu ada sekali,boleh kongsi ilmu dan bagi teguran selalu..baru sentiasa terbimbing! 
:D

Insan berjiwa murabbi:

akh,
jangankan sebab kerosakan persekitaran pegangan agama kita terabai.
ikhlaskan niat keberadaan kita dalam halaqah selama ni..adakah kita sekadar dengar dan abaikan peringatan atau dengar,taat serta beramal dgn suruhanNya..
dakwah bukan boleh pilih-pilih tempat akh,,,
dakwahlah dengan segala kemampuan serta etika bersesuaian yang kita ada untuk membimbing hati kita dan masyarakat setiap masa dan situasi..

ya, ia bukan mudah,namun ia tidak mustahil akh,,
contohi suri teladan sepanjang zaman kita,baginda berdakwah sampai dihina,diherdik ,diugut bunuh dan bermacam lagi keperitan melanda usaha baginda bagi memastikan setiap umatnya merasa nikmat Islam dan iman sehingga ke hari ini..
kita baru diuji dengan sedemikian,janganlah kita berputus asa..
nah,ambil ubat hati ni.. :)



1) hayati bacaan Quran dan tadabbur ia.
2)dirikan solat malam
3)mendampingin para solehin
4)lazimkan berzikir dan istighfar
5)biasakan diri dengan puasa sunat



..ingat akh,kita nak ‘merawat’ ummah,,letakkan diri kita dalam harapan ummah.

“dan adapun orang2 yg takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan nafsu..maka sungguh,,syurgalah tempat tinggal”
79:40-41.


“apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang2 yg berjihad di antara kamu,dan..belum nyata orang2 yg sabar”
3:142..








sama2 kita ingat akh,,
:)
jazakallahu khair.

Pencari sinar: 

Subhanallah,
syukran akh, atas peringatan yang menyentuh dasar qalbu..
betul! sentiasa letak diri dalam harapan ummah..
kitakan 'doktor umat'..hehe

ana akan ingat sampai bila-bila…hanya kerna Allah.
semoga Allah meredhai kita semua. :)
wa iyya ka.