Wednesday, July 13, 2011

Luahan: Manusia itu hamba Kebaikan

Bacalah Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





manusia ibarat hamba kepada kebaikan..

kerana kebaikan itu indah,
kerana kebaikan itu fitrah,

berbuat baiklah, maka dirimu akan disayangi dan dihargai..
jika bukan dari penduduk duniawi,
penduduk ukhrawi masih ada berduyun-duyun merinduimu~

J

dongaklah ke langit, kagumi keagungan Yang Maha Agung,



betapa kerdil diri, malu rasanya mengimpikan syurga yang abadi..
di sisiNya tersemat kemuliaan hambaNya yang mencintai kebaikan..

carilah manusia paling jahat di dalam dunia ini yang WARAS akalnya,
pasti tidak mahu jua dirinya dizalimi..

kerana kebaikan itu penawar~
wajah yang berkerut menjadi tenang dengan seukir senyuman..
:)

kerana kebaikan itu memberi kedamaian~
semua manusia inginkan kebaikan..

namun,
berapa ramai yang mencintai dan merindui kebaikan?

berapa ramai pula yang sanggup mempertahankan indahnya kebaikan?

berapa ramai pula yang sudi mengorbankan segalanya demi memperjuangkan sebuah kebaikan?


berbisik ke dalam sanubari,

adakah aku cukup baik di sisi Allah?

kerana kebaikan itu dari Ilahi~

“Barangsiapa dikehendaki oleh Allah akan diberikannya KEBAIKAN dan keutamaan, niscaya diberikan kepadanya KEFAQIHAN DALAM BIDANG AGAMA.” 
-HR Muttafaq ‘alaih-


Kejarlah sebanyak mungkin mutiara kebaikan itu..
kekayaan harta, ketinggian jawatan..semua itu mampu diganti, namun kebaikan dari Ilahi, 

di mana mahu cari ganti?

tidak cukup dengan kebaikan, keikhlasan menjadi titik tolak penerimaan amalnya insan…


“Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya.”

[QS; An Nisa’(4): 125]



Diri yang faqir dan dhaif di sisiNya..
hanya mendamba keampunan dan redhaNya~
tiada lain, cukuplah Allah bagiku….

hidup matiku, hanya untuk berserah diri kepada Dia…
maka, cintailah kebaikan seumur hayatmu..

di situ tersembunyi keredhaanNya…

“Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

[QS; Al Baqarah(2): 148]



No comments:

Post a Comment