Friday, February 25, 2011

MOTIVASI: Hari Ini Hari Saya : Bedah buku

Apabila anda berada pada waktu pagi makan janganlah menanti waktu petang,senja dan malam.
Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari semalam yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.
Tidak mustahil saya katakana, hidup saya dan anda tinggal sehari sahaja lagi -hari ini.
Maka, anggaplah masa untuk hidup hanya hari ini sahaja, atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Jadi, hidup anda pasti tidak akan dicarik-carik dek keresahan, kesedihan, kemurungan, dan suka-duka masa lalu dengan bayangan hantu masa hadapan yang penuh keraguaan dan sering menakutkan.
Justeru, sudah sewajarnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan tekad serta azam yang teguh pada waktu ini dan hari ini.
Oleh itu, sepatutnya jua anda pada hari in lebih genius membahagi-bahagi masa anda dengan tersusun. Jadikanlah tiap-tiap minit bagai ribuan tahun dan tiap-tiap saatnya bagai ratusan bulan, tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkan sesuatu yang paling indah untuk hari ini..

“berpegang teguhlah dengan apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu orang-orang yang bersyukur.”

Surah Al-A’raf(7): 144.

terimalah, sebuah perkongsian motivasi yang indah dari sebuah buku hasil kajian teliti Dr. Aidh Bin Abdullah Al Qarni.... La Tahzan~



PERKONGSIAN: Ketenangan

ketenangan…
mendampingi ia menjelmakan bahagia,
membuat hati duka jadi suka.

ketenangan…
menjadi tembok pemisah bagi kegundahan,
mewujudkan atmosfera yang didambakan.

ketenangan…
tidak perlu tercari-cari akan ia,
ia ada di segenap dimensi kehidupan.

ketenangan…
ia ada di dalam hati nuranimu,
tidak ia menyalahi fitrah insani.

ketenangan…
kenali ia dengan mengenali dirimu,
kenali dirimu dengan mengenali Rabb mu.



Secara khususnya, semua manusia mengimpikan ketenangan hadir tatkala fikiran jadi kacau serta tidak tenteram, dalam bahasa piawainya adalah “jiwa kacau”.
Lazimnya ketidak tenteraman hati akan menyinggah bila mana sesuatu yang dihajati atau sesuatu yang ingin disempurnakan itu menemui kebuntuan yang nyata, apatah lagi jika dari awal menampakkan keberhasilan namun ditengah-tengah proses menongkah arus yang dituju, terdapat penghalang dari matlamat yang telah ditetapkan dalam suatu jangka masa.
Sesuatu yang tidak asing dan norma kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun golongan yang berkerjaya, atau sesiapa sahaja yang telah menetapkan kemanisan di penghujung misi dan visi.
Masing-masing punyai taksiran tersendiri untuk menangani kebilauan yang melanda tasik hati,

tapi di sini lebih menekankan kebiasaan belia hari ini dalam mencari ketenangan, ini antara yang biasa dilihat;



-         


  •       berhibur tanpa batasan (hedonisme)
  •              melepak di tempat-tempat awam
  •              bersembang dengan kenalan tidak kira masa dan ketika
  •              menjalinkan hubungan mesra dengan berlainan jantina
  •              mencuba elemen-elemen baru tanpa ambil kira baik buruknya




Realiti kebanyakan pemuda atau belia dinihari, menjadikan hiburan serta kelalaian dalam pada mengecapi ketenganan, sekalipun ia bertentangan dengan syariat Islami. Bagi golongan sedemikian, ketenangan tidak lain tidak bukan adalah puncak kepuasan seolah-olah segala yang didambakan mereka sebelum ini sudah tercapai.

Ternyata itu merupakan kesilapan yang akbar, ketenangan seperti itu lebih banyak membawa kerugian berbanding keuntungan, biarpun pada zahirnya ia menggirangkan hati. Ketenangan yang dikecapi itu sebentar cuma.
jadi, mahukah kita kepada ketenangan yang hanya seketika itu?
Ingatlah wahai teman wahai rakan, apa yang telah dilalui hari ini sangat jauh tersasar dari landasan Islami yang sebenarnya,

Janganlah kita bercita-cita untuk tergolong dalam golongan yang hanya memerhati tapi bercita-citalah untuk bergerak sebagai golongan yang mendukung tanggungjawab.
Di situ realitinya ketenangan tersembunyi, mengapa saya berkata begitu?
kalian cubalah meletakkan diri kalian dalam permasalahan yang harus diselesaikan kerna ia sudah kritikal.
Jadi, wajarkah kita hanya berpeluk tubuh sahaja?
Bila mana kita ditimpa musibah mahupun dilimpahkan kenikmatan dunia,
tatkala kita dirudum seribu permasalahan, adakalanya jua kita akan "down" dan sebagainya.
Lantas, segera mengingati-Nya, segera merendahkan jiwa di pandangan-Nya.
Ketenangan itu datang dari Ilahi,maka
percayalah, di situ sembunyinya ketenangan yang hakiki abadi.

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Surah Ar Ra'd(13) ayat ke-28.

Jika masih terasa berat atau payah untuk mendamaikan hati dengan mengingati Ilahi, segeralah memohon keampunannya kerna tebalnya maksiat yang telah membaluti hati.

Akhir kalam, menangislah kerna mengenang dosa-dosa yang melakar sejarah silam kehidupan, jika tidak mampu...

maka tangisilah ketidak mampuan itu,sungguh hati yang dekat penciptanya akan tenteram dan tenang~




sekian, wallahua'lam..  :)

Sunday, February 20, 2011

PERKONGSIAN: Wahai Pemuda Islam!

Wahai pemuda!

Setiap fikrah itu akan hanya berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya, ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam perlaksanaannya. Sepertinya keempat-empat rukun ini, iaitu iman, ikhlas, semangat, bekalan amal merupakan karakter yang melekat pada diri pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.


Oleh kerana itu, sejak dulu hingga sekarang pemuda merupakan pilar kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda merupakan rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah pengibar panji-panjinya.

إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى

Maksud: "Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Al-Kahfi: 13)

Wahai pemuda!

Dengan ini bermakna kewajipan kamu banyak, tanggungjawap kamu berat dan terlalu banyak hak bangsa kamu yang perlu kamu tunaikan. Ini bermakna amanah yang kamu pikul adalah berat. Kamu perlu berfikir semasak-masaknya, kamu perlu berusaha lebih, kamu perlu menentukan pendirian kamu, kamu perlu mara sebagai penyelamat. Kamu perlu tunaikan segala hak ummah dengan segala keistimewaan yang kamu miliki sebagai pemuda!


Ada pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yang mantap dan kemajuan yang melimpah ruah. Pemuda yang lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yang tenang dan selesa.


Ada pula pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang sedang berjuang kerana bangsanya sedang dijajah. Musuh menentukan segala nasib bangsanya. Bangsanya sedang berjuang bermati-matian untuk mengembalikan hak mereka yang telah dinafikan, khazanah mereka yang telah dirampas, kebebasan mereka yang telah lenyap termasuklah kegemilangan dan kedudukan mereka. Ketika itu, keutamaan pemuda ialah mementingkan nasib bangsanya lebih daripada mementingkan nasib dirinya sendiri. Jika kewajipan ini berjaya dilaksanakan, dia bakal beroleh kejayaan dunia dengan menerima kemenangan di medan perjuangan dan dia akan beroleh kejayaan akhirat dengan menerima ganjaran dari Allah. Mungkin kita bernasib baik kerana kita bersama berada dalam golongan yang kedua. Kita berpeluang melihat sebuah bangsa yang sedang berjuang dan berkorban untuk memperolehi hak dan kebebasan. Bersedialah wahai para pejuang kerana kemenangan sangat hampir dengan orang-orang yang beriman dan kemenangan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang beriman dan kejayaan besar akan diperolehi oleh orang-orang yang berusaha tanpa henti.


Daripada Imam Hassan Al-Banna buat pemuda Islam.

Saturday, February 19, 2011

MOTIVASI: Gagal yang Positif

Dari kegagalan
Satu percintaan
Ku alami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan..


Sudah menjadi asam garam dalam kehidupan menemui kegagalan dan kejayaan.
Lazimnya,manusia akan teruja dengan kejayaan atau kelebihan yang dimiliki dan akan berasa amat kecewa seandainya menemui kegagalan dan kekurangan di depan mata.
Ia seolah-olah bermusim mengikut tema yang kita terapkan dalam jiwa kita.
Jadi,jika tema yang diguna pakai adalah perpandukan Al Quran dan sunnah,
istilah “gagal” itu sebenarnya sesuatu yang amat positif.
“gagal” di sini amat selesa digambarkan sebagai gagal yang membangkitkan aura atau ‘nur’ bagi individu muslim itu untuk memperbaiki kelemahan diri.
Disebabkan itu manusia diciptakan oleh Allah Azza wa Jalla dengan sifat lemah,seperti yang difirmankan Allah dalam surah An Nisa’(4) ayat ke-28:

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerna manusia itu diciptakan (bersifat) lemah.”



Jelas, Allah menjadikan manusia itu lemah kerna Allah jualah Yang Maha Agung dan agar manusia yang lemah serta kerdil ini meneropong ke langit keagunganNya.
Menemplak diri sendiri dengan mempersoal kepada hati,sejauh mana diri kita telah beramal dengan segala perintahNya yang penuh dengan hikmah kebaikan ke atas diri kita.
Adalah silap jika manusia yang mengaku lemah dan sentiasa dibelenggu kegagalan itu mengambil langkah seribu untuk jauh dari peringatan Allah dan RasulNya.

Dengan kegagalan dan kelemahan itulah Allah mendidik jiwa manusia agar sentiasa terdorong untuk membersihkan hati dengan memperdengar bacaan Quran serta beramal dengan segala pengajaran yang terkandung di dalamnya, menambah ilmu bermanfaat,menjaga hubungan persaudaraan,melazimi ibadah-ibadah sunat dan bermacam lagi pendekatan bagi diri kita khusus untuk melakukan perubahan dalam diri.
Saya berani menjamin,mereka yang menjadikan Al Quran sebagai acuan hidup adalah individu muslim yang benar-benar berjaya.Firman Allah Azza wa Jalla dalam surah Az Zukhruf(43) ayat ke-36:

“Dan barang siapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih(Al Quran), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.”


Segala macam kekecewaan,keresahan,ketakutan,kegelisahan yang melanda jiwa adalah kerna jauhnya seseorang itu dari peringatan,dari situ syaitan sentiasa mencari peluang untuk bertakhta di hati manusia untuk menyesatkan.

Hayatilah bacaan Al Quran dan sebaik-baiknya tadabburlah ia bersama golongan yang berilmu agar sesuatu yang selama ini kita tidak pernah tahu akan menjadi suatu fahaman yang jelas dalam pada mencari redha Allah di muka bumi ini.

“…maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”
surah Al Anbiya’(21): 7.

Akhir kalam,amat berbesar hati saya katakan, berpegang kepada ajaran Al Quran itu adalah kunci untuk kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat,
kegagalan itu indah dengan segala nikmat kurniaNya kepada kehidupan manusia saban hari,kegagalan itu sebagai hadiah untuk manusia kembali taat dan mengaplikasikan suruhanNya.

Maka,berfikirlah dengan rasional dalam keimanan.terima kasih.

wallahua’lam.

Wednesday, February 16, 2011

PERKONGSIAN: Jika Benar Cinta itu Buta, Butakah Mataku?

OPSS!..*BUTAKAH HATIKU~  
:P

andai benar cinta memang buta,
banyak gadis cantik sini sana,
macam mana aku boleh suka,
pada si dia dewi jelita,

dah kalau mata meliar tak dijaga,
macam mana hati tak di panah syaitan,

Pesan Allah Azza wa Jalla kepada Ar Rijal,

" Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah An Nur (24): 30.





(maafla,,tak pandai edit lagu...tak bercita-cita pun nak gubal lagu)
nyanyi lagu ok!.. jom!
:D

-rasa sayang hey!..rasa sayang2 hey!..hey,,lihat nona jauh rasa sayang2 hey!- 
besh tak lagu saya nyanyi!?...tak besh takpe~
nanyila sendiri2... 
:D

JIKA KITA SAYANG SESEORANG,PASTI KITA MAHUKAN DIA BAHAGIA WALAUPUN KITA TIDAK ADA DI SAMPINGNYA.

(tajuk kuliah tak bertauliah tapi ade manfaat buat diri dan para pembaca..insyaAllah)

..biarlah orang yg disayangi itu hidup bahagia dengan cara yang diberkati..
dengan itu hati akan tenang dalam kemanisan iman,

tidak perlu kita sentiasa berada di sisinya untuk membuktikan cinta itu..kerna cinta manusia itu penuh dengan tipu daya dan keinginan syahwat semata-mata.

Penipuan yg amat besar bagi yang mengatakan,
 "cinta dia kerna sayang dia"/"cinta dia kerna dia baik"/"cinta dia kerna dia caring"..bla..bla..bla..sudahlah~
itu semua ilusi cinta dunia nodaan nafsu sahaja yang menjadikan maksiat itu tampak  indah di pandangan mata manusia...

"cinta dia kerna agamanya!"..ya.
Jarang pula kendengaran jawapan seperti itu~
Insan yang bercinta atas dasar agama tidak akan mencemar dan menggadaikan agama dan kehormatan diri..kerna mereka tahu cinta kepada siapa yang harus mereka dahulukan dalam hidup mereka..

Mereka jua tidak akan terjerat dengan perangkap nafsu kendalian iblis laknatullah...
Kerna mereka tahu jua cinta yang tidak diredhai itu akan memudharatkan hubungan mereka dengan Ilahi dan mereka jua tidak mahu keturunan mereka kelak bebas bergaul tanpa batasan,,kerna di situ terletaknya maruah bagi yg betul-betul menghargai dan menilai erti kehormatan sebagai hambaNya~

Akhir kalam...carilah cinta yg mendekatkan kita dan dia kepada Rabbul Izzati,
cukup sekadar diminta agar sama-sama diteguhkan keimanan bagi mendamba cinta yang hakiki. Andainya ada jodoh, tidak ke mana jua~
-Allah knows the best-
J

“ …sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula.

Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).”

Surah An Nur (24): 26.


CERPEN: Kemarau Hati di Lautan Nafsu

Pencari sinar: 

salam.
akh,macam mana nak pastikan hati kita sentiasa dipersada 
keimanan yang mantap?
ana sangat terduga dengan situasi sekarang ni,yang bukan lagi suasana 
masyarakat yg ditarbiyyah.
Masing-masing menjadikan hawa nafsu sebagai kaca mata melihat dunia.
ana khuatir sekiranya ana turut lemas dengan gelombang yang sedemikian.
maklumlah akh, skarang ni tengah cuti…mana nk cari ‘discussion group’ kita macam di kampus..hehe.

Insan berjiwa murabbi: 

wasalam.

Pada pendapat ana sendiri,cuba dekatkan diri dengan Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, jaga mutaba’ah, sentiasa mengimarahkan rumah-rumah Allah atau surau, seperti yg difirmankan Allah dalam surah at Taubah ayat 18:

“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang2 yg beriman kepada Allah dan hari akhirat…..”


kita dalam situasi masyarakat yang tak seberapa ditarbiyah ni akh, cubalah mewujudkan suasana tarbiyah dgn rakan-rakan hatta ahli keluarga sekalipun.
Jangan biar diri kita dikuasai persekitaran,syaitan dan nafsu sentiasa mengintai peluang untuk meranapkan insan berilmu.
Lagi satu,jauhi perkara-perkara lagha walau sekecil apa pun ia semasa cuti.
jangan tunggu bila mampu tapi kuatkan hati untuk mampu.
Petunjuk Allah takkan datang bergolek pada kita klau kita tak usaha akh,,

Pencari sinar: 

tapi,,

bab nak jaga hati tu yg “hard core” tu..dah la kiri kanan penuh dengan keseronokan,, silap-silap 
ana pula yang terikut-ikut dengan segala keseronokan tu.. susahla akh,
kan bagus kalau ‘discussion group’ kita tu ada sekali,boleh kongsi ilmu dan bagi teguran selalu..baru sentiasa terbimbing! 
:D

Insan berjiwa murabbi:

akh,
jangankan sebab kerosakan persekitaran pegangan agama kita terabai.
ikhlaskan niat keberadaan kita dalam halaqah selama ni..adakah kita sekadar dengar dan abaikan peringatan atau dengar,taat serta beramal dgn suruhanNya..
dakwah bukan boleh pilih-pilih tempat akh,,,
dakwahlah dengan segala kemampuan serta etika bersesuaian yang kita ada untuk membimbing hati kita dan masyarakat setiap masa dan situasi..

ya, ia bukan mudah,namun ia tidak mustahil akh,,
contohi suri teladan sepanjang zaman kita,baginda berdakwah sampai dihina,diherdik ,diugut bunuh dan bermacam lagi keperitan melanda usaha baginda bagi memastikan setiap umatnya merasa nikmat Islam dan iman sehingga ke hari ini..
kita baru diuji dengan sedemikian,janganlah kita berputus asa..
nah,ambil ubat hati ni.. :)



1) hayati bacaan Quran dan tadabbur ia.
2)dirikan solat malam
3)mendampingin para solehin
4)lazimkan berzikir dan istighfar
5)biasakan diri dengan puasa sunat



..ingat akh,kita nak ‘merawat’ ummah,,letakkan diri kita dalam harapan ummah.

“dan adapun orang2 yg takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada keinginan nafsu..maka sungguh,,syurgalah tempat tinggal”
79:40-41.


“apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum nyata bagi Allah orang2 yg berjihad di antara kamu,dan..belum nyata orang2 yg sabar”
3:142..








sama2 kita ingat akh,,
:)
jazakallahu khair.

Pencari sinar: 

Subhanallah,
syukran akh, atas peringatan yang menyentuh dasar qalbu..
betul! sentiasa letak diri dalam harapan ummah..
kitakan 'doktor umat'..hehe

ana akan ingat sampai bila-bila…hanya kerna Allah.
semoga Allah meredhai kita semua. :)
wa iyya ka.

Tuesday, February 15, 2011

MOTIVASI: Dan Tetaplah Memberi Peringatan

Jika terasa lapar dan dahaga..
disuapkan makanan yg sedap-sedap..
diminum pula minuman pelbagai rasa dan warna..
lalu perut terisi dan berasa kenyang..
sehinggalah kembali lapar dan dahaga

itulah keperluan jasad.


Bagaimana dengan keperluan ruh?
katakanlah tidak cukup dgn sepotong ayat,sebuah peringatan..
rohani jua dahagakan pengisian yg datang dari Maha Pencipta~
tidak cukup sekadar untuk sehari..namun,perlunya berhari-hari.
agar hati tidak dilanda kemarau rindu kpdNya..
apatah lagi dalam lautan melawan fitrah dinihari..


"Dan tetaplah memberi peringatan, kerna sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin".
Az Zariyat(51):55.

selagi nyawa dikandung badan.
dengan izinNya.

-fastabiqul khairat...
wata'a wanu 'alal birri wataqqwa-






saya tidak pandai berbahasa sastera.
namun cuba berbahasa taqwa.
berbicara dan menulis bukan untuk mengkayakan bahasa.
namun cuba untuk melakar iman di dada.
tidak pandai menulis dan berkata-kata.
jadi dibiarkan hati bermadah bicara.



“Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah kamu putus-memutuskan silaturrahim, janganlah kamu marah-memarahi, dan janganlah kamu belakang-membelakangi! Hendaklah kamu itu hamba-hamba Allah yang bersaudara!” 
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

PERKONGSIAN: JaNGaN PUtUS Asa mENAdAH tANGAn

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diingini,namun  tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan,lantas putus asa mencari keredhaanNya. Itulah hakikat manusia saban hari.

"berdoalah kepadaKu,dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
surah Al Baqarah(2) ayat 186.

kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
“dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan.”
surah An Nahl(16) ayat 19.

Jadi,mengapa masih perlu berdoa?

berdoalah sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah,tidak ada tempat bergantung selainNya.

“cukuplah DIA sbg tmpat manusia bergantung harap dan tawakkal.”
surah at Taubah(9) ayat 129.

Tapi,mengapa masih  tak termakbul juga doa?

Templaklah diri sendiri,adakah kita lebih mencintai dan banyak mengingati Allah Azza wa Jalla berbanding dunia dan seisinya?
 Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi,kerana Dia maha Mengetahui perkara yg terbaik bagi setiap makhluk ciptaanNya.

“ dan apabila manusia ditimpa bahaya Dia berdoa kepada Kami dalam Keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.”
surah Yunus(10) ayat 12.

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati,bersyukurlah dgn kondisi diri dinihari.Semakin dekat kita kepada Allah,semakin hebat dugaan.Itu mmbuktikan,Allah sangat kasih kepada sekalian hambaNya,agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaanNya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman,seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata,tapi ingatlah firman Allah dalam surah Al Baqarah(2) ayat 214.

“Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”  Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat,benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin,yakinlah dengan sepenuh hati akan janji-janji Allah.
dunia bukan syurga yang dicari,nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.
Dan ingatlah bersama bahawa ujian yang berterusan itu adalah hadiah dari Ilahi untuk mereka yang mengaku beriman….jika tidak mahu beriman tidak ada ujian~

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
surah Al Ankabut(29): 2-3.

MUKADIMAH: ~KULLU NAFSIN ZAA IQATUL MAUT~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya bagiNya.
Selawat serta salam ditujukan istimewa buat junjungan besar sekalian orang mukmin iaitu Muhammad bin Abdullah S.A.W,kerna dengan berkat usaha yang berterusan dan pengorbanan tanpa henti baginda akhirnya Islam sampai kepada kita.
Mana mungkin tanpa penat lelah dan pedih perit baginda dan para sahabat kita akan merasa nikmat Islam dan iman ini.
Besar sungguh erti pengorbanan itu jika kita benar-benar mempelajari dan meneladani.
Khusus diingatkan untuk diri yang dhaif ini bahawa setiap yang bermula pasti akan ada akhirannya.Begitu jua hayat ini,seperti yang difirmankan Allah Azza wa Jalla dalam surah Ali ‘Imran(3) ayat ke-185 yang bermaksud:

“setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan hanya pada hari Kiamat sahaja diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”

dan di dalam surah Al Anbiya’(21) ayat ke-35 yang bermaksud:


“Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan akan dikembalikan hanya kepada Kami.”


kematian itu pasti.
bersama mencorak hidup dengan kualiti.
Saya sangat berharap agar Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menerus mengatur langkah dalam keberadaan di landasan perjuangan ummah ini dengan qalbu yang senantiasa ikhlas dalam mendamba redhaNya.
 Hari demi hari,usia semakin meningkat dan ajal makin menghampiri~
diharap jua keimanan dan kematangan pemikiran diri akan semakin mantap saban hari di samping bertambahnya ilmu yang bermanfaat buat semua saudara seaqidah dengan saya.
“Kata-kata adalah untuk digerakkan”
itulah prinsip asas dalam berdakwah yang saya genggam.
Kalian sangat dialu-alukan untuk mengutarakan saranan membina atau berkongsi pendapat atau apa sahaja pandangan yang memberi input positif dalam memupuk keutuhan ukhwah fillah kita bersama.
insyaAllah.
Akhir kalam, segala butiran yang terdapat di halaman blog saya ini jika bermanfaat maka bersamalah kita memanfaatkan ia untuk diri kita dan masyarakat.
Yang kurang bermanfaat itu diharap dijadikan pembeza antara haq dan batil dalam pada memantapkan thiqah kita bersama dan dipohon agar diberi petunjuk daripadaNya.

saya tidak berseorangan,saya bersama kalian yang turut sama mencari redha Ilahi.

“Ya Tuhan kami,janganlah Kau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Kau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Kau Maha Pemberi.”

surah Ali ‘Imran(3): 8.

aminn ya Rabbal ‘alamin.