Sunday, June 26, 2011

Luahan: cinta milik siapa?

cinta ibarat bahan bakar untuk kenderaan kehidupan..
menjadi kesaksian pengorbanan segalanya demi sebutir nilai cinta..




bayangkan, tatkala orang yang kita cintai dan mencintai kita disebut-sebut namanya kerana keelokannya,
apakah perasaan kita waktu itu?

bayangkan pula, bila mana insan yang kita cintai itu lalu di belakang kita..
apakah gambaran perasaan tika itu?

bayangkan jua, apabila insan yang kita cintai dan mencintai kita tadi..tiba-tiba menjauh dari kita...
apa yang terdetik dalam relung hati kita?

itu semua tatkala cinta sesama manusiawi, bergelora lubuk jiwa...





bagaimana dengan cinta kepada yang memberi rasa?

adakah segala gambaran di atas akan turut mempunyai rasa bila mana yang kita cintai itu adalah Allah Azza wa Jalla?!

atau hanya diibarat umpama debu hambar yang bertebaran di ruang gema?!


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal."

[QS; Al Anfal(8):2]


Adakah Allah Azza wa Jalla yang kita cinta selama kedewasaan ini?
fikir-fikirkan di dalam kekusyukan zikir~




"Maka, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku."

[QS; Al Baqarah(2): 152]

Saturday, June 25, 2011

PERKONGSIAN: "merdeka", apa tafsiranmu?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Pasca 54 tahun kemerdekaan tanah tumpah darahku, memaparkan slot keamanan rakyat sejagat..
ya, aman pada zahirnya..


Malaysia kita berbilang kaum dan agama, bertoleransi membuahkan harmoni






apakah erti merdeka?

saya yakin semua yang mampu berbahasa melayu akan menjawab, “ kebebasan” pada amnya kerana tiada penjajahan dari kuasa negara lain secara fizikal.
namun, apakah gambaran erti kebebasan yang mewarnai pemikiran generasi muda hari ini?

adakah ini yang dimaksudkan “kebebasan” ?

ini??

        kebebasan itu adalah rempit ??                                          
  

yang ini pula bagaimana?


bersuka ria tanpa batasan syariatullah?



ini pula?!



ini bukan cinta, ini nafsu durjana namanya!





inikah?


apakah ini?!


lelaki dan perempuan turut berkerjasama nampaknya!






dan, adakah ini yang dinamakan 'kebebasan'???

anak melayu makin berani mencabar Tuhan nampaknya.




dan ini adalah antara hasil daripada ‘kebebasan’ yang dimaksudkan…


                                                                                  nak buang air besar atau nak buang anak?





kesian bayi ramadhan tu..










Tanyakan kepada diri,
sampai bilakah akan terus begini?

Inilah jadinya bilamana nafsu menaiki takhta,
maksiat jua yang bermaharajalela.
Larangan Tuhan dipersenda, lantaran hati terpesona dengan kepalsuan dunia.

Firman Allah Azza wa Jalla:

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?
Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). 
Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

[QS; Al Jasiyah(45): 23]


Inilah realiti yang kebanyakan kita tidak sedar atau mungkin tidak pernah tahu, kerana masing-masing bersikap mementingkan diri sendiri.

" Aku dengan dunia aku, kau dengan dunia kau."


Buang ideologi busuk seperti itu dari dalam diri, buang ia jauh-jauh,pernahkah kita terfikir jika kejadian jelek seperti yang disaksikan terkena batang hidung sendiri?

tiada yang mustahil jika Allah Azza wa Jalla berkehendak sedemikian,maka..

bukalah mata hati agar kita sama-sama mengerti…

“ Maka ambillah (kejadian itu) sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan!”

[QS; Al Hasyr(59): 2]




Mari saya bawakan para pembaca sekalian ke jendela sejarah dunia yang mungkin kita tidak pernah tahu dan mungkin kita terlupa, jadi suka untuk saya singkapkan beberapa perkara dalam bentuk santai tetapi mesejnya mudah difahami bagi yang berfikir, insyaAllah..



*****

sekitar kurun ke-12........

Seorang lelaki yang bukan dari bangsa Arab, tegar mempertahankan maruah agama Ilahi, siang hari melaungkan kata-kata jihad, menyebar keharuman Islam, serta bertempur dengan gagah di medan peperangan demi menegakkan agama suci Ilahi.............

Salahuddin Al Ayyubi panglima Islam dan tentera Islam bermatian matian demi membebaskan bumi Al Quds dari cengkaman pihak Salib...



     Ilustrasi ketika perang salib (cusader). Kemenangan berpihak kepada Islam meskipun ramai yang syahid.

Namun, setelah tumbangnya khilafah Islamiyah pada 3 Mac 1924...
kegembiraan terpancar bagi seluruh umat Kristian, seolah-olah mimpi sudah jadi kenyataan..

Seorang jeneral tentera bernama Al-Alambi dengan bongkak berkata setelah memasuki al-Quds : “Sekarang telah tamatlah peperangan Salib “. Begitu juga dengan jeneral tentera Perancis yang bernama Goro. Beliau pergi ke makam Salahuddin al Ayyubi yang berada di Damascus (Damsyik) dan berkata sambil 
memijak-mijak makam tersebut : 

"Bangunlah wahai Salahuddin ! Sekarang kami telah kembali !"



Tanggal 29 Mei 1453..
Sabda Rasulullah s.a.w, menjadi kenyataan...
anak muda bergelar Al Fateh membeliakkan mata pahlawan-pahlawan Roma, mereka berjuang untuk hidup..
sedangkan, Al Fateh dan tenteranya berjuang untuk syahid.


“..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” 
-HR Ahmad-          


gambaran ketika penawan kota Konstantinople

Sekali lagi pentas sejarah Islam menyaksikan kemenangan yang nyata..


"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata."

[QS; Al Fath (48): 1]



Tapi sayang seribu kali sayang, empayar Uthmaniah yang utuh suatu tika dulu kini lebur di bawah pimpinan sekular Mustafa Kamal At Tarturk laknatullahi alaih!





" Misi kita telah Berjaya di Turki. Kerajaan Turki Uthamaniyah telah pergi dan tidak mungkin akan datang kembali, kerana punca kekuatan sebenar Islam kita sudah hapuskan iaitu Khilafah Islamiyah. “ 

– Lord Qiruzon , 12 Oktober 1923 –





Bermulalah episod peperangan yang mengalihkan pandangan umat manusia akan mesej tersirat...

" Dan orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu (saling melindungi), niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar."

[QS; An Anfal(8): 73]


episod 1 - Perang Dunia I (1914-1918)

Tentera Nazi Jerman sedang berkawat















episod 2 - Perang Dunia II (1939-1945)




















*****

Saya turunkan kembali tirai sejarah itu buat seketika, mari renungi firman Allah Azza wa Jalla ini;


“ Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: "(Tidak) sebenarnya tipu daya(mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya."..”

[QS; Saba' (34): 33]



Siapakah orang-orang yang dianggap lemah itu?
Siapa lagi jika bukan orang-orang Islam.
Tertindasnya umat Islam hari ini bukan kerana kuatnya musuh-musuh Islam, tetapi kerana lemahnya iman di dalam diri.


Sedang umat Islam itu sendiri membenci zionis laknatullah dan sekutunya Amerika..
mereka terlupa peperangan yang tercetus jauh lebih dasyat dari pandangan mata mereka
iaitu perang pemikiran yang melanda di otak mereka saban hari..


Terlalu sibuk mencari kesalahan sesama sendiri, sedang diri sendiri masih tertempel kejahiliyahan..
mengaku memusuhi rejim laknatullah sedang diri mempertuhankan hiburan dan nafsu?
'peperangan' ini tidak pernah akan tamat..sila klik.

Selagi iman tidak mekar di dada dan kesungguhan untuk berkorban belum tercetus di dalam jiwa..


sememangnya perubahan datang dari pembaikan, namun semua itu memerlukan pengorbanan harta mahupun nyawa..

tanpa pengorbanan, tidak akan ada perubahan,
maka, tidak akan tertegak kebenaran..
kerana pengorbanan itu tidak lain demi keredhaan Allah Azza wa Jalla...
maka Allah Azza wa Jalla telah berjanji akan membantu.


" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

[QS; Muhammad (47): 7] 



Sebelum pena keletihan menari…mari ikhlaskan niat dan hayati firman Allah Azza wa Jalla ini kepada kita yang ingin beriman;

“ Wahai orang-orang yang beriman!
Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

[QS; At Tahrim(66): 6]


Tafsiran "merdeka" bagi saya.

bebas dari maksiat..bukan bebas mengerjakan maksiat
bebas dari serangan pemikiran (ghazwul fikr)..bukan membiarkan diri diperbudakkan oleh musuh-musuh Islam
bebas beramal dengan syariatullah.. bukan bebas melanggar syariatullah..

dan,
bebaskan diri dan keluarga serta umat dari seksaan azab neraka dengan tarbiyah yang benar~

"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..."


uhibbukumfillahi ta’ala.. J
wAllahu’alam…

Friday, June 17, 2011

PERKONGSIAN: KUALITI bukan KuAnTiTi

kualiti,bukan kuantiti..
sila baca dengan intonasi yang sesuai..
J

begitu jualah umat Islam,
apalah guna kuantiti besar umat Islam hari ini jika keimanan ibarat reranting kering yang gugur dari dahannya?
yang menjadi asas kepada perubahan ke arah yang lebih baik adalah kualiti.
namun, kualiti yang bagaimana dimaksudkan?





Bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla, telah memberi panduan yang amat jelas bagi kita untuk mendakap kualiti yang selari dengan fitrah insani aturanNya.
itulah ia Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
(HR Muslim)

Insan yang beriman itulah sebenar-benar kualiti sebagai muslim,keimanan itu pula jika digandingkan dengan kesabaran yang jitu, maka kekuatannya akan menjadi sepuluh kali ganda mengatasi kemampuan musuh-musuh Islam yang kosong iman di dadanya.
siapa yang cakap?

“Wahai Nabi(Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orangyang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang kafir, Kerna orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.”
[QS; Al Anfal(8): 65]

itulah jaminan yang Allah Azza wa Jalla berikan ke atas para mukmin yang bersabar, mereka akan kuat!
jika para mukmin itu sendiri lemah imannya?
maka kekuatannya hanya dua kali ganda atas kemampuan musuh-musuh saja..

“ Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan DIa telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka, jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika di antaramu ada seribu orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[QS; Al Anfal(8): 66]

Jelas firman Allah Azza wa Jalla di atas bukan?

pentingnya segugus kualiti yang bergelar keimanan, bukan kuantiti yang bertimbun..
Siapa sahaja yang banyak menelusuri  sirah Rasulullah s.a.w, mereka tidak akan menjumpai  keutamaan yang lain kecuali kualiti atas kuantiti.

saya memetik sebuah kisah mengenai pentingnya kualiti iaitu tarbiyah berbanding segalanya dalam menjayakan syariat Allah di dunia ini; (kitab Fiqh aulawiyat; Dr. Yusuf Al Qardawi;m/s: 45-46)





*****
Diriwayat dari Rasulullah s.a.w bahawa pada suatu hari baginda duduk bersama beberapa orang para sahabat di sebuah rumah sahabatnya.Seraya baginda berkata kepada para sahabat,

“ Beritahu aku cita-citamu.”

Maka salah seorang sahabat menjawab,

“ Aku bercita-cita ingin mempunyai dirham dari perak yang memenuhi rumah ini sehingga aku dapat menginfakkan ia di jalan Allah.”

Ada antara para sahabat yang bercita-cita untuk memenuhi rumah itu dengan emas agar dapat diinfakkan ke jalan Allah.

Namun, seorang sahabat yang bergelar Al Faruq berkata,

“ Aku ingin memiliki orang seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muadz bin Jabal, Salim Maula Abu Hudzaifah, memenuhi setiap ruang rumah ini agar aku dapat memanfaatkan mereka untuk berjuang di jalan Allah.”
*****

Sekali lagi, KUALITI bukan kuAnTitI (sebut betul-betul)
J

sebelum pena kekeringan dakwatnya kali ini, suka saya kongsikan sebuah tayangan buat renungan bersama…insyaAllah, terimalah.



wAllahu'alam.

PERKONGSIAN: Muhasabah Jiwa

Hidayah itu hadiah, adakah kita mahu menepis pelawaan dariNya?

nukilan spontan sebagai erti buat diriku dan dirimu;

- seksanya berada di neraka-





Dan mereka berseru, " Wahai (malaikat) Malik! Biarlah Tuhanmu mematikan kami saja." Dia menjawab,
" sungguh, kamu akan tetap tinggal (di neraka ini)."

[QS; Az Zukhruf(43): 77]

peliharalah diri dan keluarga dari api neraka..
tolonglah diri sendiri..tolonglah~
tiada siapa dapat menyelamatkan dirimu dan diriku dari azabNya jika Dia berkehendak begitu..

hidayah perlu dicari bukan dinanti..
saya ulang.
hidayah perlu dicari bukan dinanti..





- celikkan mata dan fikrahmu-

renungan buat nuraniku dan nuranimu:

pepohon mati kerana diracun akarnya..
tamadun lumpuh kerana diracun fikrahnya..

hasilnya,
wujud suasana tidak bertamadun,
zina macam makan tengah hari..
buang anak macam buang lampin saja..

rosak sudah fikrah jihad di jalan Allah..
kerana nafsu, kemewahan dan hiburan dianggap tuhan..

sampai bila terus begini?

hidayah perlu dicari dan terus dicari..ia tidak pernah akan datang bergolek dan melayang kepada diri..
sedangkan makan harus disuap,
inikan pula mengejar redha dan syurgaNya?

jangan pernah berasa selesa dengan Islamnya diri jika iman hambar sekali~
kikis segala perkara yang menjauhkan diri dari mengingati Ilahi~
tarbiyah diri dengan Kalam Ilahi~
sentosa hidup di dunia apatah lagi di ukhrawi abadi~





- Perumpamaan-

" Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu(Quran),
tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya(nafsu),
maka perumpamaannya seperti anjing,
jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidah. Demikianlah perumpamaan bagi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Sangat buruk perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka menzalimi diri mereka sendiri."


[QS; Al A'raf (7): 176-177]

mulia manusia kerana taqwa..[49:13], hina manusia kerana mengingkariNya..
sedang Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya, walhal manusia itu sendiri menghumban diri mereka ke lembah kehinaan dan kebinasaan..
ingatlah bahawa...
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, keampunanNya melebihi kemurkaanNya..





- Al ghazwul Al fikri-

Sedang umat Islam itu sendiri membenci zionis laknatullah dan sekutunya Amerika..

mereka terlupa peperangan yang tercetus dasyat lebih dasyat dari bom putih!..
iaitu perang pemikiran yang melanda di otak mereka..

ya!..sibuk kutuk mengutuk, tetapi diri sendiri masih tertempel kejahiliyahan.
mengaku memusuhi rejim laknatullah sedang diri mempertuhankan hiburan dan nafsu!?




- Cinta -

jika kita mencintai seseorang, adakah seseorang itu akan turut mencintai kita seperti mana cinta kita padanya?

jika kita cinta pada bola, adakah bola akan membahagiakan kita?

jika kita cintakan hiburan, adakah hiburan akan menjadi penyelamat kita dari mara bahaya?

jika kita cinta akan Allah Azza wa Jalla!?

"Maka, ingatlah kamu kepadaKu niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku."

[QS; Al Baqarah (2):152]








Thursday, June 16, 2011

PERKONGSIAN: mulia kerana apa?


بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْمنِ الرَّØ­ِيمِ


Terkesan dengan artikel seorang ikhwah mengenai  “kita jauh kerana kita jauh dari Islam
suka saya ingatkan sekali lagi dengan nukilan spontan yang terbit dari lubuk hati agar menyentuh hati..





mulia manusia itu bukan pada posisi dalam organisasi, bukan juga pada rupa paras dan keturunan apatah lagi kemewahan yang tidak pernah sudah..

aqidah yang sejahtera menjadi pegangan meniti kehidupan agar tidak tergelincir ke lembah kehinaan..
lupakah kita dengan kisah para sahabat?
apakah mereka sudah sedia seorang Islam sesudah lahir seperti kita?




Mari menyingkap sedikit pengajaran dari para sahabat.
Umar r.a sudah membuktikan,
insan berhati singa setelah memeluk Islam menjadi pemimpin berjiwa hamba, menitis air mata melihat masalah umat…
rakyat adalah bakal pemimpin, pemimpin adalah dari kalangan rakyat dan setiap daripada kita adalah pemimpin..
di manakah bisa dicari pemimpin seperti saidina Umar r.a hari ini?





Bilal bin Rabbah r.a turut membuktikan,

diangkat menjadi insan yang pertama melaungkan azan, terpegun manusia mendengar alunan suaranya sedang dia cuma insan berkulit hitam yang sering diherdik  insan jahil..
menunjukkan setiap manusia adalah sama di sisi Allah, tidak kira warna kulit, bangsa serta keturunan..




Mus'ab bin Umair r.a juga sudah membuktikan,
ikon fesyen Mekah yg digilai ramai gadis ketika itu, setelah Islam menjadi pengibar panji Islam yang akhirnya syahid di medan Uhud,perginya ditangisi…kafan yang ada,tidak mencukupi.

hari ini, apakah kain yang ada tidak cukup untuk memelihara aurat dengan sempurna?













“Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau sengaja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”


-Saidina Umar bin Al Khattab r.a-








Islam tidak akan rugi, tetapi yang bakal rugi jika meninggalkan Islam adalah kita...

"Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."
[QS; Ali 'Imran(3): 85] 


kemuliaan yang didambakan bukanlah dari sisi duniawi..
namun lebih hakiki ukhrawi abadi..
mulia insan kerana beramal dengan ajaran Islam dan berusaha mendekati Ilahi...

Thursday, June 2, 2011

Luahan: Andai esok tidak tertulis

andai esok pena kehidupanku telah kering dakwatnya..

tidak cukup sekadar aku menempelkan dahiku di tikar solat..
kerna aku yakin bukan hanya itu yang harus aku persiapkan..
setiap kali mata ini tercelik , ku intai keampunan dari Ilahi..
aku tidak lebih dari seorang hamba yang penuh dengan dosa noda…
aku tidak mahu hidupku sia-sia, aku insan yang berakal..
lahirnya aku atas bumi Ilahi ini bukan hanya untuk mengenyangkan perutku..
tanggungjawab silih berganti berpilir menuruti tingkat kedewasaan…
aku bukan kanak-kanak yang hanya tahu meminta dan merengek..
hakikat hidup penuh bererti dalam perhambaan kepada Ilahi..





bukan lawak jenaka, bukan seloroh senda…
aku berfikir dan terus berzikir, andai benar esok sudah tiada lagi diari hidup yang terbuka bagi diriku..
sanggupkah  aku korbankan  seluruh harta sekalipun nyawaku semurninya untuk Ilahi?
mengapa tidak? 

dari Dia aku datang dan kepada Dia juga akan dipulangkan.. perlu aku bisikkan ke lubuk hatiku acapkali.
tidak akan aku mempersiakan umurku, tercetus keinginan untuk mempersembahkan sesuatu kepada generasi selepas aku..
tak perlu mereka tahu kewujudan aku, cukuplah mereka kenal hakikat menjunjung syariat Ilahi..

Tidak akan ada rasa terbelah bahagi untuk aku usir segala keinginan ku untuk mengejar  harta duniawi sedang tabung harta akhirat ku bisu tidak berbunyi…


Tidak ada guna aku berlari mencari cinta yang tidak pasti sedang aku makin membuat korupsi..

Tidak guna aku tergila-gila pada kemewahan duniawi sedang aku makin jauh dari lembayung rindu Ilahi..
namun persoalan kini...
adakah dapat aku buktikan kepada Ilahi sebelum aku pergi?