Sunday, May 22, 2011

PERKONGSIAN: Batu dan Air - belajar untuk mengajar

Wahai diri.
jadilah seperti batu sungai yang teguh kedudukannya tatkala air mengalir deras mengasak-asak..





Wahai diri.
Jadilah seperti air sungai yang deras lagi jernih walau dihalang batu,ia tegar mengalir dari segenap penjuru dan ruang.Malah makin gencar alirannya!





Wahai diri.
Janganlah dikau menjadi seperti dedaunan kering yang hanya menurut derasnya air sungai yang tidak pasti kesudahannya.
adakah tenggelam atau tersekat dipertengahan?!





Wahai diri.
Jadilah seperti perumpamaan batu dan air.
Betapa berhikmah alam ciptaan Ilahi memperlihat pengajaran bagi yang berakal sihat.







…“ Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan yang orang-orang yang tidak mengetahui?”
Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yangt dapat menerima pengajaran.”


[QS; Az Zumar(39): 9]

Thursday, May 5, 2011

Luahan: Sekian Lama Mendiami Lubuk Hati

Dunia hari ini digemparkan dengan hakikat dan tidak tolak kemungkinan konspirasi bahawa Osama bin Laden  yang juga digelar ‘pengganas dunia’ telah dibunuh.
Adakah dunia hari ini akan bertambah aman dan tenteram dengan kematian Osama!?
Habis tu, yang sedang menindas,menzalimi  dan menumpahkan darah saudara Islam di Palestin sesuka hati tu apa kejadahnya!?
itu tidak digelar pengganas kah?



















nasib mereka belum lagi dibela!..bilakah waktunya!?
Mungkin umat Islam terlalu leka dengan memeluk bantal dan tilam empuk ekoran ghazwul fikr yang melampau-lampau sehingga lupa nasib saudara mereka di luar sana!


Osama bin Laden sebagai pengganas no. 1 dunia dan mencapat tempat tertinggi dalam senarai “most wanted” di interpol. Satu kenyataan yang paling jijik pernah saya dengar!





Umat Islam di seluruh dunia dikecam hebat dengan hadirnya istilah islamophobia setelah terjadi tragedi 11 september 2001 yang juga merupakan konspirasi mega dunia, sehinggakan wanita muslim yang berjilbab juga dianggap ninja yang mungkin mengganas!?





Beberapa statement yang agak busuk dari  si kafir laknatullah ni, kata jurucakap dari White House antara sebab mengapa pihak CIA tidak mendedahkan gambar Osama bin Laden yang sebenar adalah kerana keadaan mayat beliau yang amat mengerikan.Si Obama pula kata sekiranya didedahkan gambar sebenar dikhuatiri  tidak menghormati orang yang telah mati.
Saya menahan gelak dengan kenyataan keji mereka!


Habis tu, kononnya mereka membuang jenazah Osama ke laut tu sebagai penghormatan kepada si mati?
Mereka seperti ini ingin dianggap wira oleh penduduk dunia.
Tidak ubah seperi superman yang berseluar dalam di luar dan menyelamatkan dunia dalam situasi genting.
Jikalau superman tiba-tiba datang dalam keadaan aman, nescaya seluruh manusia akan tergelak kerana penampilan bodoh superman yang bercawat di luar. Tetapi watak bodoh ini dianggap hero kerana kehadirannya di saat genting seperti meteor sedang menjunam ke Bumi, manusia lantas lupa akan penampilan bodoh superman.





Begitu jualah dengan Amerika dan sekutunya, mereka mencipta propaganda bahawa Osama bin Laden adalah pengganas dunia dan mereka berjaya membunuhnya sekaligus ingin dianggap wira!?
Kami mungkin tidak tahu muslihat kamu dan boleh memperdaya orang lain, tetapi kami pemuda Islam bukan bodoh.Sukar untuk mempercayai apa yang dinamakan sebagai “BERITA”.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang seseorang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.”
[QS; Al Hujurat(49): 6]


Mereka yang menyebar konspirasi dalam kehidupan manusia sejagat adalah musuh-musuh Islam yang memperhambakan diri kepada Iblis!





Mereka sangat genius dalam memanipulasi tipu daya, tapi ingat!..
Allah s.w.t sebaik-baik pembalas tipu daya!..Maha SuciMu ya Allah,

“ Dan ingatlah ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.”
[QS; Al Anfal(8): 30]

Wednesday, May 4, 2011

Promosi: Sinergikan Fikrah Ummah

Alhamdulillah..Majalah SINERGI Edisi Ke-5 akan menerjah minda para pembaca tidak lama lagi..Edisi kali ini yang bakal meyentuh isu-isu istimewa bagi menyedarkan umat Islam mengenai racun yang rasanya manis namun membunuh umat kita..Pastikan anda salah seorang yang menyedari penyebaran racun tersebut..Ayuh bersama kita membantu melahirkan generasi rabbani profesional melalui ilmu, kefahaman dan kesedaran yang bakal kita sebar luaskan melalui wasilah pena..


Tuesday, May 3, 2011

Luahan: Bukan Masa untuk Berehat! Panji Islam Harus Berkibar!


saban hari kian berlalu,
usia semakin singkat,
membawa diri makin dekat dengan liang lahad,
membuang kelazatan untuk bergelak tawa..





cukup sekadar senyum,
tetapi tidak bermakna diriku bahagia...
itulah kunci ketabahan jiwa dari lubuk hati..

perjuangan belum dan tidak akan pernah selesai!





wahai mata!
sekarang bukan waktumu melelapkan diri,,
di kubur nanti lelaplah dikau sepuas-puasnya!

tapi, dirimu harus akur~
aku cuma insan yang dhaif,,
lelapkan mata bukan bererti berehat..
cuma menghindar dari maksiat!
hakikat dunia bukan tempat untuk terlentang!

selagi darah jihad belum bersimbah membasahi bumi!
jangan kau berehat bersenang-lenang!





musuh-musuh Islam laknatullah tidak sabar-sabar nampaknya untuk dihantar ke neraka!

wahai pengejar syurga Ilahi,,
keredhaanNya harus kau dambakan!

bersihkan fikrahmu dari kekaratan jahiliyah!
tinggalkan segala yang menghalang semangat jihadmu di jalan Allah!

usah ternoda dengan tipu daya duniawi,
hanya terpaut pada perihal yang remeh-temeh!
kamu bukan anak kecil yang tahu merengek!





kamu adalah pemuda yang membawa Islam bergemerlapan bak kejora di angkasa!
pacakkan panji kalimah " LailahaillAllah, Muhammadur Rasulullah"!
tinggalkan kemaksiatan!
tarbiyah diri untuk perubahan!





masa sudah suntuk!
jangan kita pula yang lentok!




Ayuh!
berlari mengejar syurga~

Monday, May 2, 2011

PERKONGSIAN: Jangan Sekadar Angguk dan Geleng

Bayangkan anda berada di balik pintu sebuah gereja sambil memerhatikan sekumpulan paderi sedang bermusyawarah mengenai sesuatu yang rahsia dan mencurigakan relung jiwa..

Di suatu sudut;





seorang ketua paderi bertanya kepada kader-kader paderi yang baru," bagaimana kita ingin menjauhkan umat Islam dari Al Quran?"

.....sambil itu dia meletakkan semushaf Al Quran di atas permaidani yang dibentang...
lalu salah seorang kader paderi dengan yakin berkata, " mudah saja!..kita ambil sahaja Al Quran di tengah permaidani itu!"

balas ketua paderi," tidak sama sekali!..kita tidak akan mampu menggunakan kekerasan sekarang jika ingin menjauhkan umat Islam dari Al Quran!"

.."jadi, bagaimana?” Tanya kader paderi itu tadi.
ketua paderi tersenyum seraya berkata, " cuba kamu gulung permaidani itu perlahan-lahan."
..."baik."

perhatikan, Al Quran itu dapat kita kuasai tanpa perlu memijak permaidaninya bukan!?"
..sambil tersenyum puas,kader paderi itu tergelak sehingga terangkat-angkat bahunya..
bergema dewan gereja dengan hilai tawa mereka...





*****

“ Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama (telunjuk) mereka…”

[QS; Al Baqarah(2): 120]


Pernahkah kita terfikir akan perancangan hebat musuh-musuh Islam dalam membinasakan umat?
Mungkin sebahagian besar daripada kita pernah menonton siri “The Arrivals” dan pelbagai lagi video yang memaparkan kelicikan musuh-musuh Islam dalam memperbodohkan dan menjauhkan umat dari fitrah Islam yang suci?

Tidak cukup kita sekadar tahu perancangan mereka,walhal yang lebih utama adalah bagaimana untuk kita berbuat  untuk meranapkan impian mereka?

Cukupkah sekadar angguk dan geleng!?





Musuh-musuh Islam bergelak ketawa melihat umat Islam yang hanya tahu rancangan jahat mereka tetapi sedikitpun tidak berusaha untuk mewarnai perubahan dengan menegakkan agama Allah.

Sememangnya musuh Islam hampir berjaya hari ini!...kanak-kanak sejak dari kecil diasuh dengan televisyen dan hiburan, para remaja Islam diracuni pemikirannya sedikit demi sedikit sehinggakan berasa janggal bila diajak untuk berkorban demi memperjuangkan agama Allah dan mencapai redhaNya.





Sungguh hebat serangan pemikiran yang ditempelkan pada dahi generasi Islam untuk menjauhkan mereka dari Al Quran dan sunnah, itulah punca terbesar keruntuhan akhlak para remaja Islam hari ini!

“ Dan mereka melarang (orang lain) mendengarkan (Al Quran) dan mereka sendiri menjauhkan diri darinya, dan mereka hanyalah membinasakan diri mereka sendiri, sedang mereka tidak menyedari.”

[QS; Al An’am(6): 26]



Akhir kata, saya menyeru kepada diri sendiri dan saudara-saudari sekalian agar sama-sama perbaiki diri, tarbiyah diri dengan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w dan jangan sekali-kali lupa untuk turut mengajak kawan-kawan dan keluarga untuk perbaiki diri jua.





Kasihani diri sendiri dan kasihanilah jua kepada mereka yang jauh daripada Al Quran kerana ketahuilah azab Allah s.w.t amatlah pedih bagi mereka yang mengingkari ayat-ayatNya!


“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang-orang yang lengah.”

[QS; Al A’raf(7): 179]

Mereka seperti yang dimaksudkan Allah s.w. t itu tidak ubah seperi haiwan ternakan! bahkan lebih hina!.nauzubillah,,
lakukan perubahan segera!


insyaAllah.

wallahua’lam..

Sunday, May 1, 2011

PERKONGSIAN: Adakah kita sekadar Islam?

Menurut kajian demografi 2009, seramai 1570 000 000 penduduk planet bernama Bumi adalah beragama Islam.Sekaligus merupakan 23 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Bumi dan merupakan agama kedua teramai penganutnya selepas Kristian.

Negara Indonesia merupakan negara yang mempunyai bilangan paling ramai penganut Islam iaitu seramai 195,677,979 orang, manakala tanah tumpahnya darahku iaitu Malaysia lebih kurang 14,467,694 orang, boleh dikatakan separuh daripada jumlah keseluruhan rakyatnya.





Maha Suci Allah..ramai melampau-lampau~
Apa yang  ada pada kuantiti Giga atau Mega seperti itu jika tiada kualiti?
Bukan setakat muslim malah lebih utama dulu,kini dan insyaAllah sampai kiamat adalah MUKMIN (orang yang beriman) yang sejati!

Orang yang mengaku Islam itu ramai,yang mengaku beriman jua sangat ramai kerana sudah dididik dari zaman pra sekolah..bukan pra sejarah.





Sejak zaman pra sekolah lagi mereka yang lahir atau memeluk Islam ini hampir semua sudah hapal 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman,walaupun kadang-kala tersasul rukun Islam ada 6 atau rukun iman ada 5.
Lihat hasilnya hari ini,

mengaku beriman kepada qada dan qadar, tetapi masih ramai tidak tahu erti bersyukur.
mengaku beriman kepada hari akhirat, tetapi masih ramai berlengah-lengah mengejarnya.
mengaku beriman kepada Rasul, tetapi berapa ramai yang menjadikan artis dan orang jahil agama sebagai ikutan mereka?

mengaku beriman kepada Kitab Allah, tetapi berapa ramai yang mengamalkannya?

mengaku beriman kepada para malaikat, tetapi berapa ramai yang membiarkan ‘buku amalan sebelah kiri’ dipenuhi amalan untuk ke neraka?
mengaku beriman kepada Allah Azza wa Jalla..tetapi berapa ramai yang memaksiatiNya!?
begitukah ciri-ciri orang beriman yang dimaksudkan Allah Azza wa Jalla di dalam QalamNya?

“ Maka tidakkah mereka menghayati Al Quran, atau adakah hati mereka telah terkunci?”
[QS; Muhammad(47): 7]





Sebenarnya, adakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan Islam itu sendiri?
insyaAllah, berani saya katakan kuantiti besar umat Islam hari ini TIDAK FAHAM ISLAM YANG MEREKA ANUTI!

hari ini siapakah yang memimpin dunia!?
lupakah kita akan firman Allah Azza wa Jalla bahawa Dia menciptakan manusia untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi ini?
mana khalifah kita?..adakah mereka dari golongan musyrikin atau munafiqun!?

“ Dan barang siapa mencari agama selain agama Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”
[QS; ‘Ali Imran(3): 85]

Jelas Allah Azza wa Jalla firmankan bahawa manusia yang mencari agama selain Islam adalah mereka yang rugi,tidak tampak di dunia, di akhirat itu pasti!

Berbalik kepada erti Islam yang sebenar,insyaAllah;
Perkataan Islam berasal dari perkataan “Salima” yang membawa maksud:
1. Tulen dan suci dari kejelekan zahir dan batin.
2. Damai dan aman atau sejahtera.
3. TAAT DAN MENYERAH.

jadi kita yang beragama Islam ini adalah MUSLIM.
muslim dalam erti Melayu, orang yang berserah diri atau taat,


“Dan siapakah lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya”
[QS; An Nisa’(4): 125]

berserah diri kepada siapa?
kepada Allah atau kecintaan duniawi?
Maha suci Allah.

Kita perlu dan wajib faham bahawa Islam itu bukan agama ritual semata-mata,bukan ketika hendak kahwin,ketika ada kematian dan sebagainya baru kita nak dekat dengan Islam.Itu silap besar!

agama Islam itu tidak lain tidak bukan sebagai budaya hidup umat manusia yang sebenar-benarnya.Firman Allah Azza wa Jalla;

“ Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
[QS; Al Baqarah(2): 208]

Segala aspek harus berlandaskan Islam termasuk sosial,ekonomi apatah lagi politik, Islam itu tidak lain tidak bukan agama yang dianuti dan diutus dari Allah Azza wa Jalla kepada Nabi Adam a.s hinggalah Rasul tercinta kita yang akhir iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w .


“ Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat buat sekalian alam.”
[QS; Al Anbiya’(21): 107]

Jelas bukan?

Ingin saya berkongsi sebuah kisah dan mungkin jua sebuah perumpamaan..

*****

Suatu hari, 3 orang buta ingin mengenali gajah..
lalu mereka pun dibawalah kepada seekor gajah yang sedang berdiri, si buta A memegang bahagian kaki gajah, seorang lagi si buta B memegang telinga gajah, dan si buta C memegang belalai gajah itu.

setelah beberapa ketika si buta A berteriak,” laa..gajah rupanya macam batang pokok kelapa, hehe..betul-betul sama!”
lalu berkata si buta B dan si buta C,” mengarut!..adeke patut kata gajah macam batang pokok kelapa?,,pirahhh.”
Tiba giliran si buta B untuk  bersuaru tentang gajah, ” Gajah ni kalau korang semua nak tahu, ia macam kipas cina!..boleh kibas-kibas kalau nak berangin,ha..baru betul.”

“hahaha…ngarut mung nih!(dalam dialek kelantan)…semua salah!”,berkata si Buta C memprotes.
lalu si buta C mengatakan tentang gajah yang diketahuinya dengan yakin,” korang semua tahu tak gajah ni macam pili bomba?..ha, Cuma bezanya ia boleh tiup angin dari dua lubang semacam lubang hidung.”
 
kedua-dua si buta A dan si Buta B ketawa berdekah-dekah mendengar penjelasan dari si buta C tentang gajah yang dia kenal.





*****

Cereka di atas dapat mengumpamakan kebanyakan umat Islam hari ini melihat Islam yang sebenar-benarnya!
Sejauh mana kita mengenal  dan memahami Islam itu sendiri, adalah sejauh mana kita mendalami dan beramal dengan sebaiknya Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Perbaiki amal dengan memperbanyak mendalami dan memahami isi kandungan Al Quran di samping mempelajari hadis dan sirah perjalanan Islam di atas muka bumi ini, dan yang penting di antara yang penting adalah mengajarkannya kepada manusia yang lain!

“Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “ Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah,”

Tetapi (dia berkata),”Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kita dan kerana kamu mempelajarinya!”
[QS; ‘Ali Imran(3): 79]

diulang, “kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!”

Akhir kata,  sama-samalah perbaiki diri,mengajar orang lain juga perbaiki diri seperti mana kita memperbaiki diri  dan perbanyakkan ibadah ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla, serta jangan dilupakan ISTIQAMAH di atas kunci perpaduan umat Islam seluruh dunia iaitu IMAN dan TAQWA kepada Allah Azza wa Jalla.






InsyaAllah, wallahua’lam..