Thursday, June 2, 2011

Luahan: Andai esok tidak tertulis

andai esok pena kehidupanku telah kering dakwatnya..

tidak cukup sekadar aku menempelkan dahiku di tikar solat..
kerna aku yakin bukan hanya itu yang harus aku persiapkan..
setiap kali mata ini tercelik , ku intai keampunan dari Ilahi..
aku tidak lebih dari seorang hamba yang penuh dengan dosa noda…
aku tidak mahu hidupku sia-sia, aku insan yang berakal..
lahirnya aku atas bumi Ilahi ini bukan hanya untuk mengenyangkan perutku..
tanggungjawab silih berganti berpilir menuruti tingkat kedewasaan…
aku bukan kanak-kanak yang hanya tahu meminta dan merengek..
hakikat hidup penuh bererti dalam perhambaan kepada Ilahi..





bukan lawak jenaka, bukan seloroh senda…
aku berfikir dan terus berzikir, andai benar esok sudah tiada lagi diari hidup yang terbuka bagi diriku..
sanggupkah  aku korbankan  seluruh harta sekalipun nyawaku semurninya untuk Ilahi?
mengapa tidak? 

dari Dia aku datang dan kepada Dia juga akan dipulangkan.. perlu aku bisikkan ke lubuk hatiku acapkali.
tidak akan aku mempersiakan umurku, tercetus keinginan untuk mempersembahkan sesuatu kepada generasi selepas aku..
tak perlu mereka tahu kewujudan aku, cukuplah mereka kenal hakikat menjunjung syariat Ilahi..

Tidak akan ada rasa terbelah bahagi untuk aku usir segala keinginan ku untuk mengejar  harta duniawi sedang tabung harta akhirat ku bisu tidak berbunyi…


Tidak ada guna aku berlari mencari cinta yang tidak pasti sedang aku makin membuat korupsi..

Tidak guna aku tergila-gila pada kemewahan duniawi sedang aku makin jauh dari lembayung rindu Ilahi..
namun persoalan kini...
adakah dapat aku buktikan kepada Ilahi sebelum aku pergi?





1 comment: