Sunday, July 3, 2011

PERKONGSIAN: Muhasabah bukan sekadar termenung..

Saban hari,
generasi berpotensi dibingungkan dan dikhayalkan dengan candu sejarah yang penuh pembohongan dan kedangkalan..



duduk di bangku kelas sambil minda terjumud dengan helaian-helaian sekular..
tanpa mengetahui hakikat sebenar,

belajar hanya untuk angguk tahu?
apakah beza seorang muslim mendalami ilmu dengan..
seorang kafir mendalami ilmu?

tidakkah terdetik di hati untuk membela agama Ilahi?

sesungguhnya Islam tidak pernah memerlukan kita, sebaliknya kitalah yang perlukan Islam untuk hidup dalam kemakmuran dan penuh adil di dunia fana ini..

hari demi hari, umat Islam makin jauh dari pesanan Tuhan,
di dada masih bersarang sikap pentingkan perasaan,
dengan angkuh bersembunyi dari kebenaran...


"Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan."


[QS; An Naml(27): 14]

Mengapa terlalu sibuk berdakwah?
dah tak ada kerja lain ke?
siapa kita? dan untuk apa kita dilahirkan celik melihat dunia?

"Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?"

 Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa."

[QS; Al A'raf(7): 164]


supaya manusia semuanya bertaqwa, takut dan patuh, cinta dan rindu hanya kepada Allah Azza wa Jalla!





mendakwahkan manusia..
kerna dakwah itu fitrah insani,,
bukan memanusiakan dakwah dengan kemahuan hawa nafsu,,

hasil tarbiyah dan dakwah yang penuh kasih sayang dari Rasulullah s.a.w, Islam bertapak teguh dan utuh selama lebih 1000 tahun..sebelum ia,

runtuh musnah~

dirempuh kedajalan sikap musuh Islam yang busuk hati.
pada 3 mac 1924, Kemal At Tarturk merobek kesucian agama Ilahi.


namun, adakah umat Islam hari ini benar-benar peduli?
sibuk menelaah lembaran sekular untuk cemerlang ujian duniawi.
tanpa mempeduli jika agama sendiri dikotori,
yang ingin dicari adalah 'makanan untuk kenyangkan perut sendiri',

apakah hidup ini cuma untuk berseronok-seronok saja?
apa yang hendak kita jawab di hadapan Allah Azza wa Jalla kelak?!


"pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."

[QS; An Nur(24): 24]


benarlah sabda Rasulullah s.a.w...
umat baginda di akhir zaman diserang penyakit paling kronik iaitu cinta akan dunia dan TAKUT MATI..


Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang­orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya  "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"

 Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" 

Nabi s.a.w nenjawab,

"Cinta pada dunia dan takut pada mati".


ya, takut pada mati...

takut 'mati' harta..
takut 'mati' populariti..
takut 'mati' prestasi keduniaan..

takut kehilangan nilai dunia di sisi!
tetapi tidak takut 'kematian' iman dalam hati!?

nilailah diri sendiri,

adakah aku layak memasuku syurga Allah seandainya aku mati hari ini?



"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar."
[QS; Ali 'Imran(3): 142]








1 comment:

  1. Seorang ulama’ mursyid bermadah “Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita”.

    Tempoh perjalanan kehidupan di dunia ini cukup singkat. Mungkin kita rasa hidup 60 atau 70 tahun sebagai suatu masa yang agak panjang. Namun hakikatnya kebanyakan kita lebih banyak membuang usia sia-sia berbanding menggunakan setiap detik yang ada dengan penuh manfaat.

    Belayar di lautan kehidupan, biarpun tidak tahu ke mana arah yang hendak di tuju. Kita ini telah diarah jalan mana yang harus dituju. Telah disediakan kemudi, telah diberi pendayung. Cuma tinggal untuk melayarkan bahtera kehidupan sahaja.

    ReplyDelete