Tuesday, May 3, 2011

Luahan: Bukan Masa untuk Berehat! Panji Islam Harus Berkibar!


saban hari kian berlalu,
usia semakin singkat,
membawa diri makin dekat dengan liang lahad,
membuang kelazatan untuk bergelak tawa..





cukup sekadar senyum,
tetapi tidak bermakna diriku bahagia...
itulah kunci ketabahan jiwa dari lubuk hati..

perjuangan belum dan tidak akan pernah selesai!





wahai mata!
sekarang bukan waktumu melelapkan diri,,
di kubur nanti lelaplah dikau sepuas-puasnya!

tapi, dirimu harus akur~
aku cuma insan yang dhaif,,
lelapkan mata bukan bererti berehat..
cuma menghindar dari maksiat!
hakikat dunia bukan tempat untuk terlentang!

selagi darah jihad belum bersimbah membasahi bumi!
jangan kau berehat bersenang-lenang!





musuh-musuh Islam laknatullah tidak sabar-sabar nampaknya untuk dihantar ke neraka!

wahai pengejar syurga Ilahi,,
keredhaanNya harus kau dambakan!

bersihkan fikrahmu dari kekaratan jahiliyah!
tinggalkan segala yang menghalang semangat jihadmu di jalan Allah!

usah ternoda dengan tipu daya duniawi,
hanya terpaut pada perihal yang remeh-temeh!
kamu bukan anak kecil yang tahu merengek!





kamu adalah pemuda yang membawa Islam bergemerlapan bak kejora di angkasa!
pacakkan panji kalimah " LailahaillAllah, Muhammadur Rasulullah"!
tinggalkan kemaksiatan!
tarbiyah diri untuk perubahan!





masa sudah suntuk!
jangan kita pula yang lentok!




Ayuh!
berlari mengejar syurga~

2 comments:

  1. kita berlumba, matlamatnya adalah untuk menang.
    tapi, menang atau kalah, kita tak tahu lagi, kerana trek perlumbaan masih panjang.

    walaupun perjalanan masih panjang, namun itu x bermakna ianya masih lama bagi kita. yang penting, kemenangan!!

    sama ada kita yang menghirupi nikmat kemenangan itu sendiri, atau kitalah penanam benih kepada yang mengecapi kemenangan kelak.

    ReplyDelete
  2. lari-lari anak benggali,
    jatuh luka mengangis sendiri,
    hari-hari kita dapati,
    umat sengsara, masih belum dirawati.

    kata orang itali,kerbau itu sakti,
    orang barat melatah tidak diperli,
    bagaimana lagi ingin berbakti,
    jika dakwah ilallah sedikitpun tidak dipeduli.
    =P

    ReplyDelete