Sunday, May 1, 2011

PERKONGSIAN: Adakah kita sekadar Islam?

Menurut kajian demografi 2009, seramai 1570 000 000 penduduk planet bernama Bumi adalah beragama Islam.Sekaligus merupakan 23 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk Bumi dan merupakan agama kedua teramai penganutnya selepas Kristian.

Negara Indonesia merupakan negara yang mempunyai bilangan paling ramai penganut Islam iaitu seramai 195,677,979 orang, manakala tanah tumpahnya darahku iaitu Malaysia lebih kurang 14,467,694 orang, boleh dikatakan separuh daripada jumlah keseluruhan rakyatnya.





Maha Suci Allah..ramai melampau-lampau~
Apa yang  ada pada kuantiti Giga atau Mega seperti itu jika tiada kualiti?
Bukan setakat muslim malah lebih utama dulu,kini dan insyaAllah sampai kiamat adalah MUKMIN (orang yang beriman) yang sejati!

Orang yang mengaku Islam itu ramai,yang mengaku beriman jua sangat ramai kerana sudah dididik dari zaman pra sekolah..bukan pra sejarah.





Sejak zaman pra sekolah lagi mereka yang lahir atau memeluk Islam ini hampir semua sudah hapal 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman,walaupun kadang-kala tersasul rukun Islam ada 6 atau rukun iman ada 5.
Lihat hasilnya hari ini,

mengaku beriman kepada qada dan qadar, tetapi masih ramai tidak tahu erti bersyukur.
mengaku beriman kepada hari akhirat, tetapi masih ramai berlengah-lengah mengejarnya.
mengaku beriman kepada Rasul, tetapi berapa ramai yang menjadikan artis dan orang jahil agama sebagai ikutan mereka?

mengaku beriman kepada Kitab Allah, tetapi berapa ramai yang mengamalkannya?

mengaku beriman kepada para malaikat, tetapi berapa ramai yang membiarkan ‘buku amalan sebelah kiri’ dipenuhi amalan untuk ke neraka?
mengaku beriman kepada Allah Azza wa Jalla..tetapi berapa ramai yang memaksiatiNya!?
begitukah ciri-ciri orang beriman yang dimaksudkan Allah Azza wa Jalla di dalam QalamNya?

“ Maka tidakkah mereka menghayati Al Quran, atau adakah hati mereka telah terkunci?”
[QS; Muhammad(47): 7]





Sebenarnya, adakah kita faham apa yang dimaksudkan dengan Islam itu sendiri?
insyaAllah, berani saya katakan kuantiti besar umat Islam hari ini TIDAK FAHAM ISLAM YANG MEREKA ANUTI!

hari ini siapakah yang memimpin dunia!?
lupakah kita akan firman Allah Azza wa Jalla bahawa Dia menciptakan manusia untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi ini?
mana khalifah kita?..adakah mereka dari golongan musyrikin atau munafiqun!?

“ Dan barang siapa mencari agama selain agama Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.”
[QS; ‘Ali Imran(3): 85]

Jelas Allah Azza wa Jalla firmankan bahawa manusia yang mencari agama selain Islam adalah mereka yang rugi,tidak tampak di dunia, di akhirat itu pasti!

Berbalik kepada erti Islam yang sebenar,insyaAllah;
Perkataan Islam berasal dari perkataan “Salima” yang membawa maksud:
1. Tulen dan suci dari kejelekan zahir dan batin.
2. Damai dan aman atau sejahtera.
3. TAAT DAN MENYERAH.

jadi kita yang beragama Islam ini adalah MUSLIM.
muslim dalam erti Melayu, orang yang berserah diri atau taat,


“Dan siapakah lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan, dan mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah telah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya”
[QS; An Nisa’(4): 125]

berserah diri kepada siapa?
kepada Allah atau kecintaan duniawi?
Maha suci Allah.

Kita perlu dan wajib faham bahawa Islam itu bukan agama ritual semata-mata,bukan ketika hendak kahwin,ketika ada kematian dan sebagainya baru kita nak dekat dengan Islam.Itu silap besar!

agama Islam itu tidak lain tidak bukan sebagai budaya hidup umat manusia yang sebenar-benarnya.Firman Allah Azza wa Jalla;

“ Wahai orang-orang yang beriman!
Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.”
[QS; Al Baqarah(2): 208]

Segala aspek harus berlandaskan Islam termasuk sosial,ekonomi apatah lagi politik, Islam itu tidak lain tidak bukan agama yang dianuti dan diutus dari Allah Azza wa Jalla kepada Nabi Adam a.s hinggalah Rasul tercinta kita yang akhir iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w .


“ Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat buat sekalian alam.”
[QS; Al Anbiya’(21): 107]

Jelas bukan?

Ingin saya berkongsi sebuah kisah dan mungkin jua sebuah perumpamaan..

*****

Suatu hari, 3 orang buta ingin mengenali gajah..
lalu mereka pun dibawalah kepada seekor gajah yang sedang berdiri, si buta A memegang bahagian kaki gajah, seorang lagi si buta B memegang telinga gajah, dan si buta C memegang belalai gajah itu.

setelah beberapa ketika si buta A berteriak,” laa..gajah rupanya macam batang pokok kelapa, hehe..betul-betul sama!”
lalu berkata si buta B dan si buta C,” mengarut!..adeke patut kata gajah macam batang pokok kelapa?,,pirahhh.”
Tiba giliran si buta B untuk  bersuaru tentang gajah, ” Gajah ni kalau korang semua nak tahu, ia macam kipas cina!..boleh kibas-kibas kalau nak berangin,ha..baru betul.”

“hahaha…ngarut mung nih!(dalam dialek kelantan)…semua salah!”,berkata si Buta C memprotes.
lalu si buta C mengatakan tentang gajah yang diketahuinya dengan yakin,” korang semua tahu tak gajah ni macam pili bomba?..ha, Cuma bezanya ia boleh tiup angin dari dua lubang semacam lubang hidung.”
 
kedua-dua si buta A dan si Buta B ketawa berdekah-dekah mendengar penjelasan dari si buta C tentang gajah yang dia kenal.





*****

Cereka di atas dapat mengumpamakan kebanyakan umat Islam hari ini melihat Islam yang sebenar-benarnya!
Sejauh mana kita mengenal  dan memahami Islam itu sendiri, adalah sejauh mana kita mendalami dan beramal dengan sebaiknya Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Perbaiki amal dengan memperbanyak mendalami dan memahami isi kandungan Al Quran di samping mempelajari hadis dan sirah perjalanan Islam di atas muka bumi ini, dan yang penting di antara yang penting adalah mengajarkannya kepada manusia yang lain!

“Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, “ Jadilah kamu penyembahku, bukan penyembah Allah,”

Tetapi (dia berkata),”Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kita dan kerana kamu mempelajarinya!”
[QS; ‘Ali Imran(3): 79]

diulang, “kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya!”

Akhir kata,  sama-samalah perbaiki diri,mengajar orang lain juga perbaiki diri seperti mana kita memperbaiki diri  dan perbanyakkan ibadah ikhlas kerana Allah Azza wa Jalla, serta jangan dilupakan ISTIQAMAH di atas kunci perpaduan umat Islam seluruh dunia iaitu IMAN dan TAQWA kepada Allah Azza wa Jalla.






InsyaAllah, wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment