Friday, June 17, 2011

PERKONGSIAN: KUALITI bukan KuAnTiTi

kualiti,bukan kuantiti..
sila baca dengan intonasi yang sesuai..
J

begitu jualah umat Islam,
apalah guna kuantiti besar umat Islam hari ini jika keimanan ibarat reranting kering yang gugur dari dahannya?
yang menjadi asas kepada perubahan ke arah yang lebih baik adalah kualiti.
namun, kualiti yang bagaimana dimaksudkan?





Bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla, telah memberi panduan yang amat jelas bagi kita untuk mendakap kualiti yang selari dengan fitrah insani aturanNya.
itulah ia Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

“Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.
(HR Muslim)

Insan yang beriman itulah sebenar-benar kualiti sebagai muslim,keimanan itu pula jika digandingkan dengan kesabaran yang jitu, maka kekuatannya akan menjadi sepuluh kali ganda mengatasi kemampuan musuh-musuh Islam yang kosong iman di dadanya.
siapa yang cakap?

“Wahai Nabi(Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orangyang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang kafir, Kerna orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.”
[QS; Al Anfal(8): 65]

itulah jaminan yang Allah Azza wa Jalla berikan ke atas para mukmin yang bersabar, mereka akan kuat!
jika para mukmin itu sendiri lemah imannya?
maka kekuatannya hanya dua kali ganda atas kemampuan musuh-musuh saja..

“ Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan DIa telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka, jika ada di antaramu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika di antaramu ada seribu orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.”
[QS; Al Anfal(8): 66]

Jelas firman Allah Azza wa Jalla di atas bukan?

pentingnya segugus kualiti yang bergelar keimanan, bukan kuantiti yang bertimbun..
Siapa sahaja yang banyak menelusuri  sirah Rasulullah s.a.w, mereka tidak akan menjumpai  keutamaan yang lain kecuali kualiti atas kuantiti.

saya memetik sebuah kisah mengenai pentingnya kualiti iaitu tarbiyah berbanding segalanya dalam menjayakan syariat Allah di dunia ini; (kitab Fiqh aulawiyat; Dr. Yusuf Al Qardawi;m/s: 45-46)





*****
Diriwayat dari Rasulullah s.a.w bahawa pada suatu hari baginda duduk bersama beberapa orang para sahabat di sebuah rumah sahabatnya.Seraya baginda berkata kepada para sahabat,

“ Beritahu aku cita-citamu.”

Maka salah seorang sahabat menjawab,

“ Aku bercita-cita ingin mempunyai dirham dari perak yang memenuhi rumah ini sehingga aku dapat menginfakkan ia di jalan Allah.”

Ada antara para sahabat yang bercita-cita untuk memenuhi rumah itu dengan emas agar dapat diinfakkan ke jalan Allah.

Namun, seorang sahabat yang bergelar Al Faruq berkata,

“ Aku ingin memiliki orang seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muadz bin Jabal, Salim Maula Abu Hudzaifah, memenuhi setiap ruang rumah ini agar aku dapat memanfaatkan mereka untuk berjuang di jalan Allah.”
*****

Sekali lagi, KUALITI bukan kuAnTitI (sebut betul-betul)
J

sebelum pena kekeringan dakwatnya kali ini, suka saya kongsikan sebuah tayangan buat renungan bersama…insyaAllah, terimalah.



wAllahu'alam.

5 comments:

  1. entry yg sgt mantap...^^
    'kualiti bkan kuantiti'

    video tu pn best...mekasih..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah,,
    :)
    ye, kualiti bukan....kuantiti.
    pujian itu berhak bagiNya.
    terima kaseh kerana sudi membaca wahai saudara.

    semoga bermanfaat dan semoga Allah redha.
    jazakAllahu khairan katsira..

    ReplyDelete
  3. x paham...so, dua2 sahabt tu betol atau salah seorg dari keduanya? ce jelas kan lagi sikit hadis tu.ada sesuatu yg musykil disini..kita memelihara kualiti, tapi adakah salah mengejar kuantiti? pastinya, kuantiti yg dikejar itu tidak berorientasikan apa2 jenama, hanya mengajak diri bersama kembali kpd pencipta. cth, kite ajak org ramai kpd kebaikan tapi, ramai yg x komited. yg komited tu je kite fokuskan.beri perhatian penuh.menjana dan mempolish kualiti yg ada pada dirinya. tapi, bagaimana dgn yg x komited tu?tinggalkan?~sering terjerat antara kualiti dan kuantiti~

    ReplyDelete
  4. to GMS:

    kedua-dua sahabat itu betul,harta kekayaan boleh saja disumbangkan manfaatnya di jalan Allah namun yang lebih utama adalah produk tarbiyah Rasulullah s.a.w sendiri iaitu para sahabat wa sahabiah.Dengan insan yang berkualiti seperti merekalah dunia hari ini masih diwarnai mengenal Islam, walhal bilangan mereka ketika itu amatlah kecil berbanding kaum kafir. Alhamdulillah.

    seterusnya, ana tidak menafikan kepentingan kuantiti,kerana dari kuantiti akan ada kualiti tersendiri.Cuma, yang menjadi masalah adalah terlalu mengutamakan kuantiti sehingga terabai kualiti yang telah fokus, sama seperti mengumpul mad'u...

    jangankan kerana terlalu sibuk mencari kuantiti mad'u yang banyak, mad'u yang berkualiti sedia ada dibiar terumbang-ambing.Tak salah mengumpul kuantiti asalkan terus mengutamakan kualiti.

    terima kasih bertanya.harap jelas.

    ReplyDelete
  5. kualiti penting.. kuantiti pun penting..

    cuma, cuba lihat balik dari segi awlawiyyat nya.. mana yang perlu ada dulu..

    atau minima kita lihat balik ke dalam sirah mcm mne corak dakwah yang dibina oleh Rasul SAW berdasarkan petunjuk dari Allah..

    kualiti? atau kuantiti?

    yang mana penting?

    dua2 penting.. tapi, yang mana kita perlu ada dulu?

    gi buat research, tanya murobbi atau analisa sendiri guna akal yang mantap dan sihat.. nanti kita akan temui jawapannya... =)

    ReplyDelete