Wednesday, February 1, 2012

Kembali

sudah sekian lama rasanya  blog ini tidak melakar kata yang dapat menembusi jiwa sidang pembaca.
Alhamdulillah, diri ini masih diberi ruang dan peluang untuk menebarkan 'kata-kata yang berat'.

Tidak ada alasan sebenarnya untuk tidak meng”update” blog, ia melibatkan keinginan untuk berbuat bak kata pepatah;
“ kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.”


Begitu juga dalam setiap sesuatu yang kita amanahkan untuk lakukan, jika disandarkan pada kemahuan yang kuat, maka datanglah segala jenis rintangan ia akan tetap mencari jalan untuk mengatasinya.
Berbeza pula jika tidak ada kemahuan, berilah peringatan beribu kali sekalipun tak akan ada guna.

Ya, semuanya bermula dengan diri sendiri.



Bagi saya, diakui kesibukan dalam memastikan akademik terjaga dengan baik dalam masa yang sama menguruskan dakwah di kampus dan di luar kampus membuatkan saya menganak tirikan dulu fokus saya untuk meng”update” blog kerana turun ke lapangan dan berangkat ke jalan Allah jauh lebih utama, jelas seperti yang Allah SWT firmankan:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
[QS; At Taubah(9): 41]

insyaAllah, di laman maya ini tentulah tidak sama seperti halnya di alam nyata.
Tetapi yang jelas dan pasti Allah SWT jualah yang membuka pintu hati hambaNya untuk menerima Islam,menyahut kebenaran lantas berdiri untuk membelanya baik dengan harta mahupun nyawa.
Apa yang ditulis hanyalah sebagai  alat dan pencetus untuk menarik minat menghayati bahan yang disampaikan, selebihnya hanya Allah SWT maha berhak atas segala sesuatu.

Subhanallah.

Diharapkan doa daripada semua agar mendoakan diri ini agar istiqamah dan amat memerlukan teguran membina kerana saya juga insan biasa yang punyai kelemahan serta perlukan bimbingan dari sesiapa jua.


Apapun yang baik itu adalah buat diri kalian, saya hanya menyampaikan amanah yang Allah SWT pikulkan atas bahu saya. Sebarkan cinta dari langit buat sekalian hamba Allah yang Maha Pengasih.

1 comment: