Monday, February 6, 2012

Renungan: Kita perlu dipaksa untuk berubah



"orang Melayu perlu DIPAKSA untuk berubah."
mungkin itu kata yang paling sesuai untuk menggambarkan sikap tidak kompetitifnya orang Melayu, yang juga disebut oleh Prof. Diraja Ungku Aziz dalam sebuah keratan akhbar



benar,
dengan mentaliti manja,pemalas,suka bertangguh,suka buang masa, banyak tidur,sembang kosong,bergossip, bermacam lagi..

seolah telah hilang golongan manusia yang dulunya berjiwa besar,berwawasan, sedia untuk berubah dan menyahut kebenaran!

beza,
pemuda Melayu dan pemuda Palestin yang sebaya umurnya.
dan lebih khususnya untuk mereka yang mengakui tidak ada tuhan selain Allah.

kita selesa, kerana kita tak rasa...
kita lebih suka bergoyang kaki menonton episod pencabulan maruah agama di kaca TV, membiarkan masyarakat terus jahil mendiamkan diri dari memikirkan soal jihad dan dakwah..sedang musuh-musuh Islam terus bersorak tawa melihat kondisi umat Islam kini.

"Tanamkanlah pada jiwa anak-anak kalian cinta akan Jihad dan perjuangan(dakwah). Hiduplah dengan penuh perhatian terhadap problematika kaum Muslimin. Biasakanlah paling tidak sehari dalam seminggu hidup menyerupai kehidupan kaum Muhajirin dan Mujahidin yang hanya memakan sekerat roti kering dan beberapa teguk air."

- As Syahid Syeikh Dr. Abdullah 'Azzam-

saya khuatir kalian hanya terpaut kerana indahnya untaian kata semata.
tetapi jauh di sudut hati..
saya amat berharap, kita dapat melihat yang tersurat mahupun tersirat di sebalik susunan kata-kata ini,

apakah kita mampu berbuat seperti itu?

susah erk?

memang..
tetapi itulah nilai sebuah kemuliaan dari keredhaan di sisi Allah yang maha agung!


Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : 
"Akan datang kepada umatku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api" 
[Hadis Riwayat Tirmidzi]

Selusuri sirah Rasulullah SAW, betapa berat dugaan yang ditanggung baginda dan para sahabat sedangkan baginda adalah kekasih Allah yang dijamin syurga!

maka, 
apakah kita hanya mahu santai-santai lantas merasakan diri telah layak berbaring-baring di syurga?

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? 

Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: 

"Bilakah datangnya pertolongan Allah?" 
Ingatlah, 

sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. 
[QS; Al Baqarah(2): 214]



No comments:

Post a Comment