Sunday, March 20, 2011

PERKONGSIAN: Dalami Al Quran itu

Firman Allah Azza wa Jalla

“ Maka tidakkah mereka menghayati(mendalami) Al Quran? sekiranya (Al Quran) itu bukan dari Allah, pastilah mereka menemukan banyak hal yang bertentangan di dalamnya.” [4: 82]



lidah dibasahkan dengan alunan bahasa syurga ketika membaca ayat-ayat suci dari Al Quranul Karim, sebuah mukjizat agung Allah Azza wa Jalla kepada Rasulullah s.a.w. 

Golongan-golongan professional yang bukan beragama islam ada juga berminat untuk mengkaji Al Quran setelah pelbagai hasil kajian saintifik mereka era ini terbukti benar  dengan ayat-ayat Allah yang telah diturunkan kepada baginda nabi sejak 1400 tahun lampau, sehingga ada yang kini bergelar saudara baru umat Islam, Alhamdulillah.

ingin saya berkongsi sebuah kisah benar seorang mengenai seorang pakar perubatan dari Thailand telah memeluk Islam setelah menemui hidayah Allah dalam kajian yang dilakukan beliau, mungkin tidak asing bagi yang pernah membaca atau dengar iaitu Professor Tagata Tagasone.

Beliau merupakan ketua jabatan anatomi dan embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand, beliau disuluh hidayah Allah apabila mengetahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam perubatan kulit (dermatologi) bukanlah sesuatu hasil kajian yang baru kerna telah termaktub dalam Al Quran sejak sekian lama.
Sungguh beruntung, beliau bukan sahaja mengetahui akan hakikat itu bahkan cuba untuk mendalami dan memahami Al Quran itu sendiri. 
Beliau difahamkan bahawa ayat-ayat Al Quran itu bukan datang dari insan bernama Muhammad bin Abdullah s.a.w, tetapi merupakan ayat-ayat daripada Allah Tuhan sekalian alam.
Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan saintis dermatologi yang begitu hebat terasa begitu bodoh kerna kajiannya yang dianggap cemerlang lagi terbilang rupa-rupanya  telah berzaman termaktub dalam Al Quran?

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan mati dan musnah.
Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar ,tetapi manusia akan menemui ajal sejurus selepas terbakarnya seluruh sel-sel kulit itu tadi.

Jadi, kalau di akhirat nanti apabila manusia yang ingkar dibakar ke dalam api neraka, adakah mereka hanya akan me’nikmati’ hanya sekali saja kesakitan tidak terhingga itu?!

Tidak sama sekali.
jawapannya  terdapat dalam Al Quranul Karim, surah An Nisa’(4) ayat ke- 56;

“ sungguh, orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat( Al Quran) Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka. SETIAP KALI KULIT MEREKA HANGUS, Kami GANTIKAN dengan KULIT YANG BARU, agar mereka MERASAKAN AZAB. sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

mereka yang kafir akan me’nikmati’ azab neraka berkali-kali dengan izin Allah. Ayat ini adalah bukti bagi kajian yang dilakukan para saintis berkenaan.

Sungguh beruntung dan bertuah kepada Prof. Tagata Tagasone. Beliau bukanlah dilahirkan dalam nikmat Islam seperti kebanyakan kita hari ini. 
Namun tidak ramai manusia seperti beliau hatta masyarakat Islam sendiri ingin mendalami Al Quran dan mengambil pengajaran di dalamnya. Allah akan memilih manusia yang ingin membuka jendela hatinya dan membiarkan sinar hidayah menerangi segenap relung sanubari, serta Allah akan menyempitkan dada bagi manusia yang enggan lagi ingkar untuk membuka pintu hati setelah diberi ingatan dan peringatan, firman Allah Azza wa Jalla dalam surah Al An’am(6) ayat ke-125;

“ Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seolah-olah sedang mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.”





Berbalik pula kepada diri sendiri setelah kita melihat ‘gambar yang besar’, kemudian kita “zoom in” ke dalam diri kita sendiri pula, adakah kita miliki Al Quran?

saya yakin para pembaca pasti mengangguk mengiyakan. Namun lebih penting adalah kecaknaan kita terhadap Al Quran,  malang jika kebanyakan daripada kita hanya memiliki Al Quran tapi tidak pernah bercita-cita untuk menghayati dan mendalami ia, malang juga kepada manusia yang hanya pandai dan lancar membaca tapi tidak berusaha untuk memahami bacaanya, 
maaf saya katakan tidak ubah seperti burung kakak tua yang hanya pandai berkata-kat tetapi tidak memahami sebutir apapun yang disebutkan.
Kebanyakan daripada kita hari ini sanggup bersengkang mata kerna menonton perlawanan bola sepak, bermain permainan video, bersembang kosong, menonton televisyen dan sebagainya.




Apakah hasil yang boleh digarap daripada segala macam yang dinyatakan di atas?
Apakah dengan segala keseronokan sementara itu mampu membawa generasi ke arah membina tamadun Islam kembali?
saya biarkan persoalan ini menghantui fikiran agar sama-sama berfikir dalam ketauhidan.Terima kasih kerna sudi berfikir.

sekian,segala kesalahan dan kelemahan yang ada saya mohon ampun kepada Allah dan kalian, wallahua’alam.

“ Sebenarnya Al Quran itu ada lah ayat-ayat jelas di dalam dada orang yang berilmu. Hanya orang-orang yang zalim mengingkari ayat-ayat Kami.”
[surah Al Ankabut(29): 49]





" Dan barangsiapa berpaling dari pengajaran Allah Yang Maha Pengasih ( Al Quran), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya." 
[surah Az Zukhruf(43): 36]

No comments:

Post a Comment