Friday, February 25, 2011

MOTIVASI: Hari Ini Hari Saya : Bedah buku

Apabila anda berada pada waktu pagi makan janganlah menanti waktu petang,senja dan malam.
Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari semalam yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.
Tidak mustahil saya katakana, hidup saya dan anda tinggal sehari sahaja lagi -hari ini.
Maka, anggaplah masa untuk hidup hanya hari ini sahaja, atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.
Jadi, hidup anda pasti tidak akan dicarik-carik dek keresahan, kesedihan, kemurungan, dan suka-duka masa lalu dengan bayangan hantu masa hadapan yang penuh keraguaan dan sering menakutkan.
Justeru, sudah sewajarnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan tekad serta azam yang teguh pada waktu ini dan hari ini.
Oleh itu, sepatutnya jua anda pada hari in lebih genius membahagi-bahagi masa anda dengan tersusun. Jadikanlah tiap-tiap minit bagai ribuan tahun dan tiap-tiap saatnya bagai ratusan bulan, tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkan sesuatu yang paling indah untuk hari ini..

“berpegang teguhlah dengan apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu orang-orang yang bersyukur.”

Surah Al-A’raf(7): 144.

terimalah, sebuah perkongsian motivasi yang indah dari sebuah buku hasil kajian teliti Dr. Aidh Bin Abdullah Al Qarni.... La Tahzan~



No comments:

Post a Comment