Sunday, July 3, 2011

PERKONGSIAN: kontrakmu dengan Tuhan

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, 

[QS; Al Alaq (96): 1]



tatkala bayi mulus dilahirkan..

derai tangis, esak sayu kedengaran,,



mungkin si kecil amat takut sekiranya dia lupa akan kontrak yang telah dia ikat dengan Allah sebelum dia dilahirkan,,

resah dan gelisah jika hatinya kelak terpedaya dengan kerakusan mengejar kepalsuan dunia~

"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): 
"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" 
Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." 

(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: 

"Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (ketauhidan Allah)", 

[QS; Al A'raf(7): 172]



wahai diri,





bersyukurlah,
bersyukurlah kerana kau sudah dilahirkan dalam mengenal Islam..
laungan azan dan iqamah dialunkan sebaik sahaja kau dipangku bapamu,,

" Allahu Akbar, Allahu Akbar...."



jika kau hitung bintang di langit, takkan mampu kau samakan dengan bilangan tak terkira dan tidak ternilai nikmat yang Allah telah limpahkan kepadamu~


jangan kau sia-siakan segala nikmat yang Rabbul Izzati kurniakan,
berfikirlah tentang keagunganNya, seksaan nerakaNya, kenikmatan jannahNya..
tapi,

jangan pernah kau berfikir mengenai dzatnya, mempertikai kejadian dan ketentuanNya!

kita ini siapa?
kita cuma hamba, bila mana mengaku sebagai hamba..

jangan pernah mendabik dada berlagak tuan..

taraf paling mulia di sisi Allah s.w.t sebenarnya bagimu,,
adalah..

HAMBA ALLAH, Kuli suruhanNya!




namun,

apakah kau hanya ingin merasa manisnya dalam dakapan erat iman itu seorang diri tanpa berkongsi?

jangan tamak wahai kawan,,





syurga Allah itu amat luas, tiada istilah mampu menggambarkan keagungan syurgaNya~

kerana Allah Maha Agung lagi Maha Hebat!
dan Allah jualah matlamat kita selamanya~

No comments:

Post a Comment