Saturday, August 13, 2011

Luahan: tercapaikah matlamat itu?



"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

[QS; Al Baqarah(2):183]


selalu sebut taqwa, taqwa dan taqwa...

taqwa tu apa?



*****

Suatu hari, Saidina Umar Al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka'ab,

“Wahai Ubay, apakah makna taqwa?”

“Apakah kau pernah melalu satu jalan yang penuh dengan duri wahai Umar?”

“Ya”

“Maka apakah yang kau lakukan?”

“Aku sinsing kain jubahku, dan berjalan dengan berhati-hati, agar jubahku tidak tercarik dek duri, dan kakiku tidak terpijak dengannya”

“Itulah taqwa”

*****

mudah difahami bukan?
itulah yang dimaksudkan dengan taqwa..

sangat berhati-hati dan berwaspada, agar diri sendiri tidak melanggar batas yang telah Allah s.w.t tetapkan walau sebesar apapun ia,
samada tidak sengaja apatah lagi dengan sengaja...

takut dan khusyu' dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala Allah s.w.t, agar tidak dimurkai dan dijauhkan dari lembayung rahmatNya..

persoalannya,
bagaimana ingin tahu segala perintah dan larangan Allah s.w.t kalau Al Quran pun tak pernah didekati dan dihayati sepenuh nurani?

sedarlah wahai insan,

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?"
[QS; An Nisa’ (4):82]

Allah s.w.t bertanya kepada kita, bukan kerana Dia tak tahu..
Dia maha tahu,

Dia mahu kita berfikir dan refleksi diri...sejauh mana kita menjadikan Al Quran sebagai pembimbing kita atau sekadar bacaan dan hafalan waktu terluang

kita ada jawapannya,insyaAllah...
jika kita tidak jawab sekarang,  di akhirat kelak pasti Allah s.w.t akan bertanya sekali lagi..

kita nak jawab apa?

maka...

jika tidak hari ini, bilakah lagi kita akan mengorak langkah membuat perubahan di dalam diri sendiri?

jika di bulan yang penuh berkah dan kemuliaan ini kita tidak manfaatkan untuk membawa perubahan ke arah lebih baik...
maka, bulan yang manakah lagi kita harapkan untuk bantu kita berubah menjadi insan yang bertaqwa?

mari tanyakan kepada diri,

mengapa ketika ramadhan, kita sungguh rajin mendirikan solat sunat, bertadarus, lidah kita sungguh terjaga, kita amat hati-hati dengan perkara yang haram dan membatalkan puasa dan lainnya,

tetapi mengapa ia tidak kekal lama?
apakah Allah s.w.t hanya ada ketika Ramadhan?!

periksa niat dan keikhlasan kita dalam beribadah...

jangan jadi golongan yang Allah s.w.t firmankan;

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit sekali.”
[QS; An Nisa’(4): 142]

muhasabah diri, perhatikan takat keimanan, awasi kealpaan dalam buaian hawa nafsu...

sebelum pena kekeringan dakwatnya..

sudahkah kita berpegang pada yang '2' ini?


“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.”

-HR Malik-




ke arah keteguhan taqwa. 
semoga Allah redha.

No comments:

Post a Comment