Friday, February 25, 2011

PERKONGSIAN: Ketenangan

ketenangan…
mendampingi ia menjelmakan bahagia,
membuat hati duka jadi suka.

ketenangan…
menjadi tembok pemisah bagi kegundahan,
mewujudkan atmosfera yang didambakan.

ketenangan…
tidak perlu tercari-cari akan ia,
ia ada di segenap dimensi kehidupan.

ketenangan…
ia ada di dalam hati nuranimu,
tidak ia menyalahi fitrah insani.

ketenangan…
kenali ia dengan mengenali dirimu,
kenali dirimu dengan mengenali Rabb mu.



Secara khususnya, semua manusia mengimpikan ketenangan hadir tatkala fikiran jadi kacau serta tidak tenteram, dalam bahasa piawainya adalah “jiwa kacau”.
Lazimnya ketidak tenteraman hati akan menyinggah bila mana sesuatu yang dihajati atau sesuatu yang ingin disempurnakan itu menemui kebuntuan yang nyata, apatah lagi jika dari awal menampakkan keberhasilan namun ditengah-tengah proses menongkah arus yang dituju, terdapat penghalang dari matlamat yang telah ditetapkan dalam suatu jangka masa.
Sesuatu yang tidak asing dan norma kehidupan sebagai seorang pelajar mahupun golongan yang berkerjaya, atau sesiapa sahaja yang telah menetapkan kemanisan di penghujung misi dan visi.
Masing-masing punyai taksiran tersendiri untuk menangani kebilauan yang melanda tasik hati,

tapi di sini lebih menekankan kebiasaan belia hari ini dalam mencari ketenangan, ini antara yang biasa dilihat;



-         


  •       berhibur tanpa batasan (hedonisme)
  •              melepak di tempat-tempat awam
  •              bersembang dengan kenalan tidak kira masa dan ketika
  •              menjalinkan hubungan mesra dengan berlainan jantina
  •              mencuba elemen-elemen baru tanpa ambil kira baik buruknya




Realiti kebanyakan pemuda atau belia dinihari, menjadikan hiburan serta kelalaian dalam pada mengecapi ketenganan, sekalipun ia bertentangan dengan syariat Islami. Bagi golongan sedemikian, ketenangan tidak lain tidak bukan adalah puncak kepuasan seolah-olah segala yang didambakan mereka sebelum ini sudah tercapai.

Ternyata itu merupakan kesilapan yang akbar, ketenangan seperti itu lebih banyak membawa kerugian berbanding keuntungan, biarpun pada zahirnya ia menggirangkan hati. Ketenangan yang dikecapi itu sebentar cuma.
jadi, mahukah kita kepada ketenangan yang hanya seketika itu?
Ingatlah wahai teman wahai rakan, apa yang telah dilalui hari ini sangat jauh tersasar dari landasan Islami yang sebenarnya,

Janganlah kita bercita-cita untuk tergolong dalam golongan yang hanya memerhati tapi bercita-citalah untuk bergerak sebagai golongan yang mendukung tanggungjawab.
Di situ realitinya ketenangan tersembunyi, mengapa saya berkata begitu?
kalian cubalah meletakkan diri kalian dalam permasalahan yang harus diselesaikan kerna ia sudah kritikal.
Jadi, wajarkah kita hanya berpeluk tubuh sahaja?
Bila mana kita ditimpa musibah mahupun dilimpahkan kenikmatan dunia,
tatkala kita dirudum seribu permasalahan, adakalanya jua kita akan "down" dan sebagainya.
Lantas, segera mengingati-Nya, segera merendahkan jiwa di pandangan-Nya.
Ketenangan itu datang dari Ilahi,maka
percayalah, di situ sembunyinya ketenangan yang hakiki abadi.

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

Surah Ar Ra'd(13) ayat ke-28.

Jika masih terasa berat atau payah untuk mendamaikan hati dengan mengingati Ilahi, segeralah memohon keampunannya kerna tebalnya maksiat yang telah membaluti hati.

Akhir kalam, menangislah kerna mengenang dosa-dosa yang melakar sejarah silam kehidupan, jika tidak mampu...

maka tangisilah ketidak mampuan itu,sungguh hati yang dekat penciptanya akan tenteram dan tenang~




sekian, wallahua'lam..  :)

No comments:

Post a Comment