Tuesday, July 12, 2011

PERKONGSIAN: hanya ingin menjadi yang terbaik di sisiNya

Bacalah Dengan Nama Allah yang menciptakan kau dan diriku..





‘Umar al-Khattab RA duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan lagi wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan pemuda seperti AbuUbaydah ibn al-Jarrah,Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Sahabat unggul Rasulullah s.a.w  saidina Umar ibnu Al Khattab r.a menggambarkan betapa penting sosok yang mantap ditarbiyah seperti para sahabat untuk membela dan meninggikan kalimah tauhid.. merekalah para sahabat produk didikan (tarbiyah) Rasululullah s.a.w  yang kental keimanannya kepada Allah Azza wa Jalla..

Menduduki sebentar panggung wayang pentas sirah perang Mut’ah,mari bayangkan~

para pejuang Islam menentang angkatan Rom yang jauh lebih ramai,kuat dan lebih lengkap senjatanya.
Zaid ibnu Haritsah berjuang bermati-matian menjunjung panji Islam hingga akhirnya jasad menjadi korban demi kesyahidan.

Panji Islam lantas disambut Jaafar ibnu Abi Thalib dengan patuh dan penuh tanggungjawab mengibar panji Islam, putus tangan kanan, panji Islam disambut pula dengan tangan kirinya, putus tangan kirinya..
Maha suciMu ya Allah,

sungguh taat si Jaafar mempertahankan lambang kesucian agamaMu
Tatkala kudung tangan kanan dan kirinya, Jaafar dengan penuh kesakitan berusaha menegakkan panji Islam dengan sisa tangan yang masih berbaki, meskipun darah bercucuran seperti keluar dari paip..

Sudah ketetapan Allah Azza wa Jalla, akhirnya insan mulia itu rebah syahid dibunuh si kufar…
Saban hari, saat agama Allah ini dijadikan bahan gurau senda dan dirobek kesuciannya oleh musuh-musuh Islam yang terdiri dari Yahudi dan Nasrani serta sekutunya yang terdiri dari kaum munafik itu sendiri, saat bila mana syariat Allah Azza wa Jalla tidak lagi diangkat tinggi dan dimuliakan,saat bila mana hanya dorongan nafsu dan bisikan syaitan menjadi raja penguasa dunia…

Namun,
Adakah sama perasaan kita dengan kedua-dua orang sahabat yang luar biasa imannya itu tadi?
Berapa ramai antara kita yang sanggup korbankan segalanya demi kedaulatan Islam dan berjuang bermati-matian memperjuangkan Islam seperti mana para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w dahulu?
adakah hati kita lebih memilih dunia berbanding berjihad dengan ikhlas demi mengharap tidak lain hanya redha Allah s.w.t?

Adakah kita selesa dengan kemunduran umat Islam hari ini?

Sungguh, umat Islam saban hari terlalu taksub dengan kemewahan dan kesenangan palsu duniawi sehinggakan sebilangan besar para insan yang mengaku dai’e mengetepikan semangat jihad yang sepatutnya dituip ke dalam jiwa para pemuda dengan aqidah yang sebersih-bersihnya!

Sedangkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat bermati-mati demi menyampaikan agama Islam sebagai rahmat untuk umat hari ini..

Apakah kita sekadar berpeluk tubuh dan terkinja-kinja dengan yakin Islam akan menang tanpa berjihad di jalanNya?
Adakah islam akan menang dengan peribadi umat hari ini?
fikirkanlah jawapannya sendiri….

Sikap pembela Islam seperti yang Allah Azza wa Jalla firmankan inilah yang sepatutnya membara di dalam jiwa para pemuda;


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.

Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka MEMBUNUH atau TERBUNUH. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?
Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

[QS; At Taubah(9): 111]


Putar kembali kepada topik asal, kerana itu pentingnya TARBIYAH dan MENTARBIYAHI.
lihat Taj Mahal yang indah itu..





apakah ia akan kekal tersergam kukuh jika tiang-tiang pancangnya tidak cukup kuat dan stabil?

lihat pula menara berkembar KLCC yang dikagumi ini..





adakah ia akan mampu dibina dengan keluli dan asas yang lemah dan berkualiti murahan?

Begitu jualah dengan keagungan agama suci Allah s.w.t, Islam itu indah, Islam itu sebagai rahmat buat sekalian alam..





mana mungkin terlihat keindahan Islam jika figura yang mengaku Islam tidak kental iman serta salim aqidahnya..
mana mungkin jua Islam itu menjadi rahmat sekalian alam jika jiwa yang mengaku Islam tidak berjihad membawa risalah kebenaran dan tidak berani menghadapi keperitan jalan dakwah..





Jangan pernah mengharap kesenangan jua keselesaan dalam jalan dakwah dan jihad..
Islam tidak akan menang jika sunnatullah tidak dipatuhi..firman Allah Azza wa Jalla;

“Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan kedatangan nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan.”

[QS; An Nahl(16): 1]



Mulakan dengan Tarbiyah diri dengan Al Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w dan Tarbiyahi keluarga dan umat Islam…

firman Allah Azza wa Jalla;


“Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh.
 Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, niscaya mereka akan dapat mengalahkan seribu dari pada orang kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.”

[QS; Al Anfaal(8): 65]


Dari zero kepada hero..segalanya dengan tarbiyah.
Apa yang dikejar sebenarnya?
Kejarlah redha Allah dan jadilah hamba yang terbaik di sisiNya seperti mana generasi para sahabat telah mencorakkan dengan izin Allah.

“Kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

[QS; Ali ‘Imran(3): 110]


amar ma’ruf, nahi mungkar…dalam erti kata lain, BERDAKWAHLAH dalam pada diri sendiri BERIMAN kepada Allah..





dan Allah Azza wa Jalla Maha Mengetahui segalanya..

6 comments:

  1. salam..
    teruskanlah dengan usaha murni enta,..
    TARBIYAH ADALAH TUNJANG ASAS KEPADA KEKUATAN UMAT..
    dan yang pasti ke semua GERAKAN Islam seluruh dunia meletakkan TARBIYAH adalah yang mula-mula..
    perlu di ingat juga segala-galanya adalah bermula dengan tarbiyah,.tapi tarbiyah bukan segala-galanya....
    memang betul TARBIYAH akan mengukuhkan simen-simen yang ada di bangunan tapi jangan merumuskan TARBIYAH hanya satu sahaja elemen yang dapat MEMENANGKAN ISLAM..
    faktanya:-
    ana rasa enta pasti kenal Anwar Sadat (presiden mesir 1970)..
    dia ni di TARBIYAH MANTAP OLEH IKHWAN SENDIRI ,..
    makan setalam,sekali usrah dan dia memang ada pertalian yang sangat rapat dengan IKHWAN,..
    tetapi apabila IKHWAN MENANG,DIA DI ANGKAT MENJADI PIMPINAN TERTINGGI MESIR,..malangnya, akibat nya ANWAR SADAT menjadi pro-amerika dan barat sehingga pada tahun 1981,seramai 2000 org ahli IKHWAN ditangkap,dan mereka yang ditangkap ini semuanya sahabat-sahabat nya sendiri,yang makan setalam dan diTARBIYAH sekali,…bahkan dia ni lebih tahu dan kenal di manakah markas-markas IKHWAN…
    anwar sadat di TARBIYAH oleh GERAKAN ISLAM TERBAIK DUNIA,.
    jadi ana just nak share,semoga walaupun TARBIYAH adalah TUNJANG,tetapi ada juga aspek lain yang perlu kita pertimbangkan…
    perancangan yang lebih sistematik dan strategic perlu lagi untuk di rangka daari pelbagai aspek..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  2. Di sebabkan itu kebangkitan yang baru sentiasa mencari peluang dan memperbaiki kelemahan sistem yang lalu..

    apalah gunanya ditarbiyah jika hanya mengulangi kisah silam yang kelam para mujahid, perlu sentiasa berdiri dan terus berlari serta teliti menangkap masalah dan kenal pasti ia, atasi ia dengan hujah dan wasilah yang nyata dengan izin Allah..

    melalui manhaj berteraskan sirah dan politik Rasulullah s.a.w,

    kerana masing-masing mengetahui dan memahami apa yang diusahakan dan diperjuangkan..
    insyaAllah, wAllahu'alam..

    ReplyDelete
  3. hamba allah >>

    apa maksud,

    "jadi ana just nak share,semoga walaupun TARBIYAH adalah TUNJANG,tetapi ada juga aspek lain yang perlu kita pertimbangkan…
    perancangan yang lebih sistematik dan strategic perlu lagi untuk di rangka dari pelbagai aspek.."

    apa poin yang cuba disampaikan? boleh jelaskan lebih spesifik?

    ReplyDelete
  4. hMm..
    ana hormat dengan cara enta,..

    jika merasakan jalan enta dah mantap dan memang berkesan maka teruskanlah,

    janganlah melayan masalah yang dirasakan
    'remeh temeh' kerana ianya dapat mengalihkan fokus enta..

    fokus enta adalah untuk di tarbiyah dan mentarbiyah,maka teruskan sahaja...

    biarlah mereka dengan cara mereka,enta dengan cara enta..

    yang pasti semua bermatlamatkan satu iaitu Allah sbt...
    kesemuanya berserah segala-galanya kepada Allah sbt..

    mohamad khir >>

    xpelah,xperlu nak di hurai panjang,kerana tiada gunanya...

    teruskanlah cara antum,ana hormat dan ana tidak bangkang sama sekali..

    ana ulang sekali lagi ye..

    TERUSKANLAH CARA ANTUM TANPA BEROLEH KEBELAKANG SIKIT PUN DAN JANGAN HILANGKAN FOKUS ANTUM..

    selamat berjuang........

    ReplyDelete
  5. hamba Allah >>

    "biarlah mereka dengan cara mereka,enta dengan cara enta.."

    kami bukan guna cara kami.. kami guna cara berdasarkan pemahaman terhadap al-qur'an dan sunnah serta contoh sirah yang ditunjukkan oleh Muhammad SAW dan sahabat2 nya..

    sama juga.. teruskanlah cara antum, ana hormat dan ana tidak bangkang sama sekali..

    cuma ana ulang lagi sekali..

    KAMI BUKAN DENGAN CARA KAMI. KAMI CARA BERASASKAN PEMAHAMAN TERHADAP AL-QUR'AN DAN SUNNAH..

    selamat berjuang..

    ReplyDelete
  6. baguslah macam tu...
    (QS,Al-anfal:60)..

    yang ana maksudkan dengan 'cara' adalah wasilah nak capai kekuatan..
    cara untuk mencapai kekuatan Islam..

    sbb tu ana cakap enta dengan cara ,mereka dengan cara mereka..boleh faham ae?

    di TARBIYAH UNTUK MENTARBIYAH adalah proses jangka masa panjang..

    jadi,selalu org kata,.xdapat buat semua,jangan tinggal semua..

    untuk yang terdekat ni xdapat melahirkan ramai pendokong,mengembalikan kepercayaan penyokong dah kira okay..

    yang penting walaupun bukan para ustaz/zah yang memang faham agama yang sokong.,tetapi kalau mendapat sokongan dari penyokong bukan dari kalangan org yang dah faham Islam, kira ok,..yang penting mereka faham dan sokong perjuangan kita,..bukannya bantah..

    insyaAllah,dengan dakwah yang berkesan,..penyokong inilah yang akan menjadi pendokong satu masa nanti...

    wallahualam..

    ReplyDelete